LORI PENYAMUN

LORI PENYAMUN

WALAUPUN pasir yang disamun itu hak milik kerajaan negeri Selangor, tetapi lori-lori penyamun itu tetap melalui jalan raya yang dikawal oleh agensi-agensi Kerajaan Persekutuan iaitu polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Persoalannya adakah lori-lori tersebut tidak melakukan sebarang kesalahan hingga lepas bebas di jalan raya menuju ke destinasi tertentu? Maklumlah lori pasir, sudah tentu lebih muatan, lori kotor dan pelbagai lagi kesalahan. Itu belum diambil kira lesen tamat tempoh dan pemandu-pemandu lori yang belum dapat disahkan kerakyatannya. Pun belum lagi dicampur dengan kemalangan maut yang melibatkan lori pasir.

Tidakkah ada mana-mana peruntukan di bawah Akta Pengangkutan Jalan yang boleh dikenakan ke atas lori-lori penyamun tersebut? Walaupun polis dan JPJ tidak boleh mencampuri isu pasir yang dimiliki oleh kerajaan negeri tetapi mereka perlulah menunaikan tanggungjawab mendaulatkan undang-undang di atas jalan raya.

NORHODA TARSEH

Putra Perdana, Puchong



Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Bengang lori treler ‘tumpang sekaki’ waktu puncak Bengang lori treler ‘tumpang sekaki’ waktu puncak ...
  2. Jangan gelar dia penyamun, kata ibu remaja yang ditembak polis Jangan gelar dia penyamun, kata ibu remaja yang...
  3. Lori ganggu keselesaan penduduk Kampung Tok Keling, Alor Setar Lori ganggu keselesaan penduduk Kampung Tok Keling, Alor...
  4. Pemilik kereta BMW disamun penyamun juga pakai BMW Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  5. Pemandu maut, van rempuh belakang lori dekat Tapah Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline