Masa untuk rakyat bertindak
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Masa untuk rakyat bertindak
PULAU PINANG 2 Feb. – Setelah dua tahun mentadbir, kerajaan negeri pimpinan Ketua Menteri, Lim Guan Eng didakwa gagal melaksanakan ‘misinya’ terutama dalam membangunkan ekonomi, menghapuskan kemiskinan tegar dan membela nasib orang Melayu.
Orang ramai yang ditemui berpendapat sudah tiba masanya mereka melakukan sesuatu kerana janji-janji yang ditabur dulu tidak pernah ditunaikan malah nasib mereka menjadi lebih buruk akibat pentadbiran kerajaan negeri yang berat sebelah.
Suri rumah, Halimah Mat Jelani, 55, berkata, tempoh masa hampir dua tahun sudah cukup untuk kerajaan negeri membuktikan kewibawaan mentadbir termasuk memberi hak sama rata kepada semua kaum.
Namun, katanya, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila orang Melayu terus ditindas serta semakin tersepit dan ada antaranya terpaksa menganggur kerana hilang sumber pendapatan akibat gerai dan kedai mereka diroboh.
“Kerajaan negeri kata mahu bangunkan ekonomi Melayu, beri hak yang sama tapi mana buktinya.
“Gerai dan kedai orang Melayu semuanya dirobohkan satu persatu tapi gerai kaum lain saya tengok macam cendawan tumbuh lepas hujan.
“Saya harap rakyat Pulau Pinang khususnya orang Melayu sedar dan sama-sama bertindak sebelum terlambat,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Kakitangan kerajaan, Donalfian Yaacob, 50, memberitahu, kerajaan negeri seakan-akan lupa janji sendiri untuk menghapuskan miskin tegar di negeri ini sebaliknya berlumba-lumba ‘menambahkan’ lagi jumlah golongan berkenaan.
“Saya tidak nampak kerajaan negeri di bawah pentadbiran Guan Eng menjalankan banyak projek untuk membantu orang Melayu.
“Adakah dia mahu orang Melayu merempat?” tanya beliau.
Sementara itu, pekerja swasta, Wong Ah Chai, 34, berkata, pelbagai isu yang melanda Pulau Pinang sekarang ini menunjukkan rakyat sudah tidak percaya kepada kepimpinan kerajaan negeri.
Jelasnya, ia bukan sahaja menimbulkan perasaan tidak senang di kalangan rakyat bahkan wakil-wakil rakyat.
“Kita mahu orang melabur, kita mahu tarik pelancong. Tetapi jika keadaan rakyat dan negeri sendiri diperlihatkan menerusi imej buruk, macam mana mereka mahu datang.
“Yang paling utama adalah mewujudkan keharmonian dan keamanan yang dimulai dengan kejayaan menyatupadukan rakyat, bukannya meresahkan mereka,” katanya.
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Edisi Kemenangan : Seorang lagi Yb PKR tinggalkan Anwar demi untuk rakyat !!! Kenyataan YB PKR yang meninggalkan parti tersebut disebabkan prinsip...
- Gerai Peniaga Melayu terus dirobohkan – Guan Eng nafikan hak rakyat!! Memorandum Bantahan merobohkan Gerai Peniaga Melayu Gambar : Pisau.Net Usaha...
- Bukti kerajaan DAP tindas penjaja Melayu, Melayu terus diperbodohkan DAP Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DMMPP) membidas kerajaan negeri...
- BN JUARA RAKYAT,GUAN ENG PEMUSNAH RAKYAT Barisan Nasional (BN) akan meneruskan program Juara Rakyat sebagai usaha...
- Cuepacs tuntut tunai untuk kerja lebih masa Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menuntut agar kakitangan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

