MB tak sedar wujud pengusaha kecil

MB tak sedar wujud pengusaha kecil

SHAH ALAM 17 Julai – Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini berkata beliau tidak menyedari bahawa wujud kumpulan pengusaha pasir secara kecil-kecilan selain daripada pencuri pasir di Selangor.

Katanya, beliau juga baru mengetahui bahawa terdapat pihak yang hanya menjadi ejen bagi mendapatkan lesen pasir.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas diajukan rungutan Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor semalam bahawa royalti dikenakan Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) untuk kerja mengeluarkan pasir sungai bernilai RM6 satu tan adalah tinggi dan memberi margin keuntungan yang sedikit kepada para pengusaha pasir kecil-kecilan.

Abdul Khalid yang sebelum itu melancarkan Konvensyen Falak Selangor 2010 anjuran Jabatan Mufti Negeri Selangor di sini berkata, rungutan jawatankuasa yang dianggotai 50 pengusaha pasir Melayu itu telah memberikan maklumat kepada kerajaan negeri mengenai kos sebenar pengeluaran pasir.

Dilaporkan antara sebab berlakunya kecurian pasir ialah royalti RM6 satu tan yang tinggi sedangkan kos pengeluaran pasir ialah sekitar RM11 satu tan berbanding harga jualan antara RM12 ke RM14 satu tan. – BERNAMA



Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Khalid nafi dokumen sulit Manikavasagam bocor Khalid nafi dokumen sulit Manikavasagam bocor SHAH...
  2. Pengusaha sekolah memandu dipilih tokoh usahawan Pengusaha sekolah memandu dipilih tokoh usahawan LANGKAWI...
  3. RM19.3j bina rumah pekebun kecil – TKP RISDA RM19.3j bina rumah pekebun kecil – TKP RISDA...
  4. Pemborong gula untuk pengusaha IKS [fivefilters.org: unable to retrieve full-text content] KUALA LUMPUR 8 Jun...
  5. Sediakan tempat baru sebelum roboh premis peniaga kecil Sediakan tempat baru sebelum roboh premis peniaga kecil...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline