Mewujudkan persekitaran Damansara Damai lebih bersih, indah
Mewujudkan persekitaran Damansara Damai lebih bersih, indah
SEBAGAI penghuni di Damansara Damai/Saujana Damansara, saya merasakan kawasan ini memerlukan inisiatif dari pihak berkuasa tempatan dan persatuan penduduk dalam melaksanakan beberapa perkara. Antaranya:
Papan tanda arah ke apartment, sekolah dan kawasan kemudahan awam tertentu perlu dibina dan diselaraskan seperti Di Taman Tun Dr. Ismail yang dilakukan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL). Tiada papan tanda khas ke Saujana Damansara di jalan utama masuk ke Damansara Damai menyebabkan kesukaran pelawat ke taman terbabit.
Rata-rata pekedai, restoran, bengkel membaiki kenderaan, kedai barangan am, runcit, pengusaha gerai dan warung gagal mempastikan kawasan luar, kaki lima atau belakang premis perniagaan mereka bebas sampah dan ‘selesa memandang’. Didapati sampah-sampah berselerak di tempat pembuangan sampah di flat-flat dan apartment.
Pihak berkuasa tempatan juga wajar menjadikan kawasan bandar baru ini lebih hijau dengan landskap yang menarik serta mewujudkan kawasan khas peniaga gerai, warung yang lebih bersih dan tersusun.
Juga perlu dibuat pengawasan kontraktor pembersihan melaksanakan kerja pembersihan dengan bermutu sempurna. Didapati kontraktor pembersihan ini ada kalanya memungut sampah sambil lewa hinggakan sampah yang dikutip bersepah-sepah.
Di samping itu terlalu banyak iklan haram yang amat mencacatkan penglihatan. Juga
tiada penguatkuasaan/penambahbaikan gerai-gerai haram yang mencacatkan pemandangan.
Tindakan segera yang berkesan dan konsisten daripada pihak berkuasa tempatan dan masyarakat setempat akan menjadikan Damansara Damai dan Saujana Damansara Bandar baru yang seronok didiami serta nilai hartanahnya akan meningkat. Harapan saya agar pentadbir di negeri Selangor dapat mengurangkan politiking, sebaliknya lebih kepada mengutamakan kepentingan rakyat.
CUCU MAT KILAU
Damansara Damai, Selangor
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Tiada tindakan MPS bersih kawasan Message from Five Filters: If you can, please donate to...
- Mengharap hidup itu lebih indah Mengharap hidup itu lebih indah Selepas...
- Netanyahu, Duta AS bincang rundingan damai Netanyahu, Duta AS bincang rundingan damai BAITULMAQDIS...
- Pembukaan universiti halang rundingan damai Pembukaan universiti halang rundingan damai JERUSALEM 22...
- Empat bulan bersih runtuhan Stadium Sultan Mizan Pengarah Urusan Azimat Berkat Sdn. Bhd., Roslan Che Mohamad...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

