Miliki barang cetak rompak sama dengan miliki barang curi?
Miliki barang cetak rompak sama dengan miliki barang curi?
KUALA LUMPUR 10 Mei – Kerajaan akan meminda Akta Hakcipta 1987 bagi menjadikan kesalahan memiliki barang cetak rompak sama dengan kesalahan memiliki barang curi, menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata, pindaan itu, yang akan dibentangkan pada sesi Parlimen akan datang, bakal memperkemaskan peruntukan sedia ada selain memberi kesedaran kepada orang ramai bahawa memiliki bahan cetak rompak sama seperti memiliki barangan curi.
“Rakyat harus tahu yang salah tetap salah dan sekiranya kita sedar membeli barangan curi, tindakan undang-undang boleh diambil terhadap kita.
“Cakera padat (CD), cakera video digital (DVD) atau cakera padat video (VCD) haram adalah barangan curi,” katanya semasa berucap ketika melancarkan Kempen Membanteras Cetak Rompak 2010 di sini hari ini.
Kempen itu bertujuan meningkatkan kesedaran masyarakat, membanteras cetak rompak di kompleks beli-belah dan premis perniagaan, menyekat muat turun daripada Internet secara haram serta melemahkan sindiket cetak rompak.
Beliau berkata, sejak tahun 2005 sehingga April lepas, sebanyak 5,561 kes cetak rompak telah diambil tindakan melibatkan penyitaan CD, DVD dan VCD dan peralatan membuatnya yang bernilai RM275 juta. – Bernama
Five Filters featured article: The Art of Looking Prime Ministerial – The 2010 UK General Election. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Lebih RM17 juta barang cetak rompak dirampas tahun ini Lebih RM17 juta barang cetak rompak dirampas tahun...
- Malaysia dikeluarkan daripada senarai masalah cetak rompak Pertubuhan Wakil Perdagangan Amerika Syarikat (USTR) mengeluarkan Malaysia daripada senarai...
- KPDNKK rampas barang tiruan bernilai RM2 juta KPDNKK rampas barang tiruan bernilai RM2 juta ...
- Bollywood – Hollywood bersatu hapus cetak rompak Bollywood – Hollywood bersatu hapus cetak rompak ...
- Dua rakan karib ditahan curi barang kemas RM700,000 Dua rakan karib ditahan curi barang kemas RM700,000...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

