Nik Aziz mahu Pas-UMNO duduk semeja bincang isu agama
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Nik Aziz mahu Pas-UMNO duduk semeja bincang isu agama
KOTA BHARU 4 Feb. – Selepas menolak perbincangan kerajaan perpaduan antara Pas dan UMNO, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mahu UMNO dan Pas duduk semeja untuk membincangkan isu-isu berkaitan agama Islam daripada berterusan menghabiskan masa bertelagah mengenai politik.
Menteri Besar Kelantan itu berkata, pemimpin UMNO perlu memikirkan mengenai pentingnya kedua-dua parti itu membincangkan isu-isu yang menyentuh agama kerana tiada faedahnya sekiranya kedua-dua parti mengamalkan pendekatan permusuhan politik.
Nik Abdul Aziz juga berkata, tidak ada sebab langsung untuk kedua-dua parti itu bertengkar mengenai isu pembangunan.
“Saya mahu majlis perbincangan mengenai agama Islam (seperti ini) antara UMNO dan Pas sudah lama.
“Lima puluh tahun UMNO bertengkar dengan Pas apa hasilnya, banyak masa habis. Parti itu banyak menggunakan masa, kepakaran dan kewangan untuk melawan gerakan Islam seperti Pas, apa hasilnya melainkan bertengkar,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri seminar kalimah Allah di sini, hari ini. – Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Nik Aziz mahu Pas, Umno berdamai KOTA BHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat,...
- BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA… Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai...
- BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA…? Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai...
- IDEA DUDUK SEMEJA NIK AZIZ HANYA BONEKA IDEA KERAJAAN PERPADUAN HAJI HADI DIHALANG…IDEA DUDUK SEMEJA PULA DICETUSKAN...
- Nik Aziz: Politik Melayu kukuh jika Umno tukar dasar Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

