OnlineFamily.Norton sekat ancaman siber

Seks adalah topik carian dalam talian hangat di kalangan kanak-kanak tahun ini, demikian mengikut penemuan yang diterbitkan firma kepakaran keselamatan internet, Norton.

Walaupun tiga perkataan carian utama bagi pengguna internet di bawah usia 18 tahun adalah You Tube, Google dan facebook, berdasarkan data daripada Norton, firma yang dimiliki oleh Symantec, perkataan ‘porn’ dan ‘sex’ berada di kedudukan dua seterusnya.

“Ini sepatutnya meningkatkan amaran kepada ibu bapa jika mereka tidak mengadakan ‘perbincangan’ dengan anak-anak mengenai isi kandungan internet yang tidak sesuai untuk kanak-kanak,” kata Symantec dalam satu kenyataan.

Sebanyak 25 carian utama di kalangan kanak-kanak lelaki bertumpu kepada rangkaian sosial, permainan, beli-belah dan perkataan bagi perkara yang hanya sesuai untuk orang dewasa’, mengikut laporan Norton itu.

Kanak-kanak perempuan juga berminat dengan laman web rangkaian sosial dalam talian, tetapi 25 carian utama mereka bertumpu kepada muzik, filem, selebriti dan rancangan televisyen.

Penemuan itu diperoleh daripada 14.6 juta carian yang dibuat antara 2 Februari hingga 4 Disember oleh pengguna perkhidmatan percuma OnlineFamily.Norton yang digunakan ibu bapa untuk menapis atau memantau penggunaan internet anak-anak mereka.

“Apabila bercakap mengenai ancaman dalam talian, ibu bapa perlu lebih bimbang mengenai anak-anak mereka meneroka isi kandungan yang tidak sesuai,” kata Penyokong Keselamatan Norton Internet, Marian Merritt.

“Apa yang menjadikan OnlineFamily.Norton unik adalah ia memberikan ibu bapa gambaran mengenai aktiviti dalam talian kanak-kanak dan apa yang paling menarik minat mereka supaya ibu bapa boleh berbincang mengenai topik yang ingin diketahui anak-anak selain melindungi mereka daripada ancaman siber,” katanya

- AFP

Sumber Berita

Related posts:

  1. Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet Explorer CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua...
  2. Awas keganasan siber Usaha menghentikan keganasan terhadap wanita (violence against women, VAW) bukan...
  3. Mengekang jenayah siber Mengekang jenayah siber JENAYAH siber kini...
  4. MIROS: Kadar Tinggi Kemalangan Maut Dan Cedera Melibatkan Kanak-Kanak Kemalangan jalan raya di negara ini mengorbankan 410 nyawa kanak-kanak...
  5. Edisi Perang Siber Hulu Selangor Siri 3 : Jawapan Balas Isu APCO dan Anwar Isu ini kurang diberikan perhatian penjelasan mengenainya kerana carian google...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline