Pasport versi ICAO mudahkan urusan
Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.
Pasport versi ICAO mudahkan urusan
SEPANG 2 Feb. – Penggunaan pasport Malaysia versi Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) mampu mematahkan percubaan pemalsuan dokumen penting itu.
Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Boyd McCleary berkata, ciri keselamatan pasport Malaysia sebelum ini tidak banyak bezanya dengan pasport negara lain sehingga menyebabkan ia mudah dipalsukan.
Namun, kata beliau, menerusi pasport piawaian ICAO itu, ia memudahkan lagi urusan pegawai imigresen negaranya menyemak dokumen perjalanan tanpa sebarang masalah.
“Penggunaan pasport ini juga memudahkan pegawai kami mengesan sebarang cubaan menggunakan pasport palsu pelawat ketika datang ke Britain.
“Secara tidak langsung, ia memudahkan kami mematahkan kegiatan pemalsuan pasport dan seterusnya mengawal kegiatan itu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Beliau mengulas pelaksanaan pasport Malaysia versi ICAO selepas majlis pelancaran di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini.
ICAO adalah agensi khas yang ditubuhkan pada 1947 di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Ia diberi mandat mewujudkan serta menetapkan piawaian dan spesifikasi pasport antarabangsa.
Menurut McCleary, pihaknya mengalu-alukan penggunaan pasport baru tersebut dan akan memberi kerjasama yang erat dengan kerajaan Malaysia.
Sementara itu, seorang pekerja swasta, Salina Abdul Jalil berkata, penggunaan piawai ICAO itu membolehkannya berasa selamat ke luar negara berbanding versi pasport lama.
“Dengan adanya piawaian yang diguna pakai di peringkat antarabangsa, ia lebih memudahkan urusan perjalanan saya ke luar negara.
“Setibanya di negara tersebut nanti, saya tidak perlu khuatir kesahihan dokumen perjalanan kerana pegawai imigresen dapat membacanya tanpa masalah,” ujar penolong pengurus syarikat itu.
Dalam pada itu, seorang kakitangan awam, Zaitun Ab. Samad menyifatkan pelancaran pasport itu memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia untuk ke luar negara.
Menurutnya, penggunaan piawaian ICAO itu mengurangkan kerenah birokrasi yang terpaksa dihadapi menerusi penggunaan pasport lama sebelum ini.
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Pasport baru tingkatkan integriti Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Lelaki Bangladesh dalang sindiket jual pasport palsu Lelaki Bangladesh dalang sindiket jual pasport palsu ...
- Pelancong Malaysia hilang pasport akibat disamun di Delhi Pelancong Malaysia hilang pasport akibat disamun di Delhi...
- MyID percepat urusan awam Melalui konsep 1Malaysia, ‘Rakyat Didahulukan, Perkhidmatan Diutamakan’, inisiatif MyID diperkenalkan...
- Peminjam PTPTN Paling Ramai Ditahan Imigresen Di Kelantan Peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang ditahan di...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

