Peluang saksi fenomena bulan gerhana pada 1 Jan 2010

Rakyat Malaysia akan berpeluang untuk menyaksikan fenomena gerhana bulan separa dari pukul 1.17 pagi hingga 5.28 pagi pada 1 Januari 2010 ini.

Secara amnya, gerhana bulan akan berlaku ketika fasa bulan penuh dan pada masa yang sama bulan melintasi bayang bumi seperti yang ditunjukkan dalam rajah.

Menurut kenyataan Agensi Angkasa negara (Angkasa), fenomena gerhana tersebut akan bermula dengan fasa penumbra ( P1 ) pada pukul 1.17 pagi waktu Malaysia.

Bagaimanapun semasa fasa penumbra ini, kesan kenampakan gerhana masih tidak dapat diperhatikan memandangkan bulan merentasi bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Menurut kenyataan itu lagi, gerhana yang jelas dapat dilihat semasa bulan memasuki bayang umbra bumi ( U1 ) bermula pukul 2.53 pagi sehingga gerhana maksimum pada 3.24 pagi.

Bulan akan keluar dari bayang umbra Bumi ( U4 ) pada pukul 04.53 pagi.

Gerhana masih terus berlaku sehingga pukul 5.28 pagi tetapi fenomena tersebut tidak dapat disaksikan pada waktu itu kerana bulan berada di kawasan bayang penumbra bumi yang kurang gelap.

Dalam pada itu, sempena fenomena gerhana bulan separa ini, Angkasa dengan kerjasama Masjid Negara akan menganjurkan bersama program gerhana bulan separa di perkarangan luar Masjid Negara (berhampiran dengan tapak ekspo) pada 1 Januari ini bermula pukul 1 pagi hingga 6 pagi.

Orang awam dijemput hadir untuk menyaksikan fenomena ini menerusi beberapa buah teleskop yang disediakan dan ia adalah percuma.

Bagi yang tidak berkesempatan, anda berpeluang menyaksikan siaran langsung gerhana bulan separa di laman web www.angkasa.gov.my pada awal pagi 1 Januari 2010 pukul 1.17 hingga 5.28 pagi.

- UTUSAN

Sumber Berita

Related posts:

  1. Gerhana Matahari Separa esok (15 Jan 2010) Melihat gerhana matahari secara terus tanpa penuras yang selamat boleh...
  2. Info Gerhana matahari separa Selepas ijtimak, bulan teranjak dari penjajarannya dengan garisan bumi-matahari. Ini...
  3. Gerhana separa Jumaat ini, umat Islam digalak solat kusuf KUALA LUMPUR, 13 Jan 2010 — Fenomena gerhana matahari separa...
  4. Album – Sekitar Gerhana Matahari Separa (15 Jan 2010) Gambar dirakam di Kuala Lumpur (Sumber : Harian Metro) Gambar...
  5. Edisi Akhir Tahun : Gerhana Bulan Kepada Islam Hari Ini Hasil Perjuangan Parti Islam SeMalaysia !!! PAS pasti tersenyum lebar mendengar berita perkataan Allah sudah dibenarkan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline