Pemilik kereta BMW disamun penyamun juga pakai BMW

Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the full-text RSS service so we can continue developing it.

Pemilik kereta BMW disamun penyamun juga pakai BMW


PETALING JAYA 6 Feb. – Seorang pengurus bank kehilangan kereta BMW 5-series miliknya selepas dilarikan oleh tiga lelaki yang bertindak melanggar keretanya dari belakang, semasa beliau melalui kawasan bawah restoran jejantas Sungai Buloh di Lebuh Raya Utara-Selatan, semalam.

Tiga lelaki itu menggunakan kereta BMW 3-series untuk merempuh kereta pengurus bank tersebut.

Ketua Polis Dearah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 9 malam semasa pengurus bank itu sedang memandu menghala ke arah selatan, apabila keretanya dirempuh dari belakang.

Katanya, pengurus itu tidak mengesyaki apa-apa semasa dia berhenti di bahu jalan untuk memeriksa keretanya.

“Salah seorang suspek yang bersenjatakan parang kemudiannya terus meluru masuk ke dalam kereta pengurus itu dan memecut laju meninggalkan tempat kejadian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rakyat Face-To-Face Community Policing and High Profile Policing di Subang Perdana di sini hari ini.

Arjunaidi berkata, polis sedang berusaha memburu ketiga-tiga suspek yang berumur sekitar 30-an itu dan mengesan kereta pengurus bank itu yang dianggar bernilai RM200,000. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Ahli perniagaan bergelar Datuk mati dalam kereta Ahli perniagaan bergelar Datuk mati dalam kereta ...
  2. Tiga maut kereta dibom di Baghdad Tiga maut kereta dibom di Baghdad BAGHDAD...
  3. Polis tembak dua lelaki terlibat kes serangan bom Polis tembak dua lelaki terlibat kes serangan bom...
  4. Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran...
  5. Dua penyamun jadikan wanita sebagai sasaran ditahan Message from fivefilters.org: If you can, please donate to...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline