Pemuda Mati Ditembak di Arau,Perlis
Mohamad Taufik marah ditinggalkan rakan, cuba serang polis
ARAU: Seorang lelaki bersenjatakan pisau pemotong sayur, mati ditembak selepas dikatakan cuba menyerang polis dalam satu kejadian amuk, berhampiran pusat khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guar Sanji, dekat sini, pagi semalam.
Lelaki dikenali Mohamad Taufik Noorzan, 21, yang juga seorang peniaga di sini, disahkan meninggal dunia selepas terkena satu das tembakan pada bahagian kanan dadanya yang dilepaskan polis.
Sementara itu, ibu Taufik, Salmiah Ismail, 45, berkata, anaknya itu dikatakan bengang kerana ditinggalkan kontraktor berkenaan di Alor Setar, menyebabkannya terpaksa berjalan kaki seorang diri sejauh hampir 50 kilometer untuk pulang ke rumahnya di Arau, malam kelmarin.
“Dia pulang ke rumah untuk mengambil pisau di dapur kira-kira jam 6 pagi dan terus keluar sebelum anggota polis datang ke rumah memaklumkan tindakannya mengamuk di Guar Sanji.
“Saya terus keluar bersama suami menuju ke lokasi terbabit. Bagaimanapun, belum sempat saya sampai, saya terdengar bunyi tembakan dilepaskan dan melihatnya terbaring berlumuran darah dengan tangan bergari di belakang,” katanya yang mempertikaikan tindakan polis yang dianggap kejam dan tidak wajar.
Ulasan Mylasia
Lagi sekali seorang anak melayu di tembak polis. Perlu diingatkan Mohammad Taufik Norzan bukan seorang penjenayah seperti anak-anak keling yang mati ditembak baru-baru ini. Bila anak-anak keling yang merupakan penjenayah kejam mati ditangan polis, habis semua orang melatah termasuk para menteri. Dikatanya polis zalim, dan bertindak untuk membunuh.
Aku menyokong penuh tindakan polis untuk menghapuskan penjenayah tetapi didalam kes Mohammad Taufik Norzan ini tindakan yang diambil sungguh-sungguh tidak bertanggungjawab dan anggota yang menembak perlu dihadapkan kemuka pengadilan. Jikalau Teoh Beng Hock mati bunuh diri pun boleh diadakan inkues dan aku juga minta supaya kes ini dibawa ke Inkues Umum.
Mana pergi hero-hero,blogger-blogger,pemimpin-pemimpin Melayu yang kononya jaguh didalam menangani isu-isu kaum lain tetapi senyap menyepi bila melibatkan kaum sendiri. Nyawa manusia bukannya seperti binatang, Menteri Dalam Negeri, Hishamudin harus tampil memberikan penjelasan. Inikah KPI yang beliau inginkan? Jaguh dalam membela kaum pendatang tetapi kaum sendiri dibiarkan mati kekejutan.
Kejadian ini bukan yang pertama kali untuk tahun ini malah kejadian bulan Ogos yang lepas di Masjid Tanah Melaka (http://mylasia.net/isu-semasa/serang-polis-lelaki-kurang-siuman-ditembak/)masih tiada tindakan susulan daripada Menteri terbabit.
Related posts:
- Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran Satu mati, tiga cedera parah ditembak di restoran...
- Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran Peniaga mati ditembak ketika sedang minum di restoran...
- Wartawan penyiaran ditembak mati di Honduras Wartawan penyiaran ditembak mati di Honduras TEGUCIGALPA...
- Polis tembak mati dua penjenayah Polis tembak mati dua penjenayah IPOH 9...
- Bekas juara tinju dunia Thailand ditembak mati Bekas juara tinju dunia Thailand ditembak mati ...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

