Pendaftaran Pakatan Rakyat Akan Mengambil Masa
SHAH ALAM: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakui pendaftaran Pakatan Rakyat (PR) sebagai parti komponen rasmi akan mengambil masa lebih lama dari yang dijangkakan.
Bagaimanapun, beliau mendakwa, pakatan itu kini memiliki formula tersendiri yang kolektif dan pendirian yang sama.
“Akan ambil masa lama sikit untuk mendaftarkan pakatan ini,” katanya di sini hari ini ketika diminta mengulas laporan muka depan akhbar bahasa Cina yang memetik Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan beliau tidak berminat untuk menjadikan pakatan pembangkang secara rasmi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima Anugerah Demokrasi 2008 daripada Persatuan Perunding Politik Antarabangsa (IAPC).
Anugerah disampaikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Tanpa mengulas panjang kenyataan Abdul Hadi itu, Anwar berkata, beberpa dokumen diperlukan untuk proses pendaftaran secara rasmi seperti yang diserahkan kepada Pendaftar Pertubuhan.
Terdahulu dalam ucapannya beliau berkata, anugerah itu bukan miliknya semata-mata sebaliknya untuk merka dan bersamanya berkongsi idea serta visi.
Kelmarin, pakatan pembangkang meluluskan empat dasar utama pada pada konvensyen pertama mereka di sini.
Empat dasar berkenaan ialah mengamalkan prinsip demokrasi telus dan tulen, memacu ekonomi berprestij tinggi, mapan dan adil, keadilan sosial dan pembangunan insan dan bagi memantapkan hubungan persekutuan, negeri dan dasar luar negara.
Ia diluluskan sebulat suara oleh kira-kita 1,500 perwakilan yang terdiri daripada wakil setiap komponen PR.
- MSTAR
Related posts:
- Perwakilan mahu Pas terajui pakatan pembangkang Perwakilan mahu Pas terajui pakatan pembangkang KOTA...
- Pakatan Pembangkang Bergolak di Sebalik Menang Enam Pilihan Raya Oleh MOHD HISHAM ABDUL RAFAR Jika dilihat pada angka,...
- PRK SIBU SIRI 01 : RAKYAT SARAWAK DIHINA PAKATAN RAKYAT ISU CAWAT 1. PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI PARTI PAS TELAH MENGHINA...
- Siri 20 P094 : Gambar Petanda Pakatan Rakyat Akan Kalah Di Hulu Selangor !!! Chua Jui Ming sedang berceramah depan kerusi kosong Kerusi...
- Nik Aziz: Anwar paling layak terajui Pakatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

