Pengusaha keropok lekor dakwa alami kerugian
KUALA TERENGGANU: Pengusaha keropok lekor yang mendakwa perniagaan mereka terjejas teruk selepas Kementerian Kesihatan mengumumkan makanan yang sinonim dengan Terengganu itu sebagai antara punca penularan wabak taun di negeri ini, kesal kerana pendedahan pihak berkenaan disifatkan terlalu umum hingga menyebabkan mereka kerugian besar.
Sementara Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM) pula menjelaskan, penemuan kuman taun jenis ‘vibrio cholera’ di dalam sampel ayam mentah dari Pasar Borong Gong Pauh di Wakaf Mempelam di sini, berpunca daripada kelalaian peniaga berkenaan yang menjalankan proses pembersihan ayam menggunakan air tercemar.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Keropok Lekor Losong (PPKL), Abu Bakar Yusof, berkata tindakan Kementerian Kesihatan membuat pengumuman secara umum menyebabkan pengusaha keropok lekor yang tidak terbabit termasuk di seluruh negara turut terjejas, sedangkan hanya satu pengusaha di bandar raya ini yang menjual keropok lekor dicemari kuman taun.
Beliau berkata, lebih malang, pengusaha yang hanya bergantung kepada hasil pendapatan menjual keropok lekor terpaksa menanggung rugi apabila ramai pihak terutama rombongan pengunjung dari beberapa negeri antaranya Johor dan Kuala Lumpur membatalkan tempahan bahan makanan itu.
“Kita kesal kerana pengumuman Kementerian Kesihatan keropok lekor antara punca penularan wabak taun di negeri ini memberi kesan buruk kepada semua peniaga keropok lekor terutama di Losong yang memang terkenal dengan bahan makanan itu. Hakikatnya hanya satu pengusaha keropok lekor di Losong yang menggunakan ikan dari Thailand sebagai bahan asas.
“Sejak pendedahan Kementerian Kesihatan pada Ahad lalu, 19 pengusaha di bawah PPKL ‘teraniaya’ dan tidak menerima pelanggan melainkan penduduk setempat yang tahu kami menggunakan ikan tempatan untuk membuat keropok lekor,” katanya.
- BERITA HARIAN
Related posts:
- Masalah kebersihan punca taun merebak KUALA TERENGGANU 21 NOV 2009 – Masalah kebersihan merupakan punca...
- Kementerian Kesihatan Kenalpasti Punca Wabak Taun Di Terengganu KUALA TERENGGANU: Kementerian Kesihatan telah mengenalpasti beberapa punca yang menyebabkan...
- MB tak sedar wujud pengusaha kecil MB tak sedar wujud pengusaha kecil SHAH...
- Terengganu bebas wabak taun Terengganu bebas wabak taun KUALA LUMPUR 9...
- Pemborong gula untuk pengusaha IKS [fivefilters.org: unable to retrieve full-text content] KUALA LUMPUR 8 Jun...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

