Penjelasan mengenai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Memandangkan hampir setiap hari saya menerima e-mail dan pertanyaan mengenai Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010, saya rasa perlu untuk membuat penjelasan kepada semua ahli MY KERJAYA.

Untuk pengetahuan semua, buat masa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) tidak berhasrat untuk MENANGGUH atau MEMANSUHKAN program KPLI. Timbalan Menteri Pelajaran dan Ketua Pengarah Pelajaran juga telah memberi jaminan yang KPLI akan diteruskan seperti biasa.

Berhubung dengan bila iklan pengambilan KPLI Jun 2010 akan dikeluarkan belum dapat dipastikan lagi. Namun, mengikut pengalaman yang lepas-lepas, iklan pengambilan KPLI biasanya akan keluar pada akhir Februari atau awal Mac. MTEST pula diadakan pada awal April sementara proses temuduga pula dijalankan pada bulan Mei. Walauapapun, semuanya BERGANTUNG kepada keputusan pihak Kementerian Pelajaran (KPM) samaada melewatkan atau menangguhkan pengambilan kepada bulan Januari 2011.

Berhubung Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) pula, pihak Kementerian Pengajian Tinggi telah MENANGGUHKAN pengambilan DPLI sehingga ada keperluan kelak. Ini kerana, penempatan guru-guru sekolah menengah akan diberikan kepada pelajar lepasan Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) dari IPGM dan juga IPTA seperti UPSI. Sementara guru-guru sekolah rendah akan diambil dari calon Kursus Perguruan
Lepasan Ijazah (KPLI).

Diharap penjelasan ini akan dapat memberikan sedikit maklumat kepada semua peminat-peminat KPLI. InsyaAllah, sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan di blog MY ADHA : http://myadha.com dan juga group MY KERJAYA : http://groups.yahoo.com/group/mykerjaya

Sekian.

Sumber Berita

Related posts:

  1. Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 Semakan Keputusan Temuduga & Tawaran Kursus Perguruan Lepasan Ijazah...
  2. IKLAN PENGAMBILAN KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) & KURSUS PERGURUAN LEPASAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (KPLSPM) JUN 2010 Iklan Pengambilan KURSUS PERGURUAN LEPASAN IJAZAH (KPLI) & KURSUS PERGURUAN...
  3. Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jan 2010 Semakan Keputusan Tawaran Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Januari2010...
  4. Kalendar Aktiviti Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 – Dikemaskini Kalendar Aktiviti KPLI Jun 2010 Sumber Berita Share on Facebook...
  5. Semakan Keputusan Panggilan Kedua Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Ambilan Jun 2010 Semakan Keputusan Panggilan Kedua Ujian MTeST Kursus Perguruan Lepas Ijazah...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline