Pepsi rancang alihkan minuman dari sekolah

Pepsi rancang alihkan minuman dari sekolah
NEW YORK 17 Mac – PepsiCo. Inc. merancang mengalihkan minuman manis keluarannya dari sekolah seluruh dunia, bagi menyokong program di Amerika Syarikat (AS) untuk mengurangkan kanak-kanak bermasalah obesiti.
Syarikat itu semalam berkata, ia akan mengalihkan minuman berkalori tinggi dan manis dari sekolah-sekolah di 200 buah negara pada 2012, yang mana menjadikannya sebagai pengeluar minuman ringan pertama dilihat mengambil langkah berkenaan.
Pepsi.Co yang juga pembuat minuman ringan kedua terbesar dunia dan Coca-Cola Co., iaitu pengeluar terbesar minuman itu, mengikut garis panduan untuk berhenti menjual minuman manis di sekolah AS pada 2006.
Persekutuan Jantung Dunia mengadakan perundingan dengan pembuat minuman ringan bagi meminta mereka membuang minuman manis dari sekolah pada tahun sebelumnya bertujuan mengurangkan obesiti di kalangan kanak-kanak yang mana ia boleh menyumbang kepada masalah kencing manis, jantung dan beberapa penyakit kanak-kanak.
Coca Cola bulan ini yang mengubah polisi penjualan globalnya mengatakan, ia tidak akan menjual apa-apa minuman ringan keluarannya di sekolah-sekolah rendah seluruh dunia kecuali ibu bapa dan sekolah di sesebuah daerah membuat permintaan. – AP
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Jaminan harga makanan, minuman tidak naik Jaminan harga makanan, minuman tidak naik PUTRAJAYA...
- PureCircle hasilkan gula dari daun Lebih 100 syarikat makanan dan minuman dari seluruh dunia sedang...
- 68 sekolah teknik dijadikan sekolah vokasional menjelang 2012 68 sekolah teknik dijadikan sekolah vokasional menjelang 2012...
- Sekolah sukan akan dibina di Perlis, kata Muhyiddin Sekolah sukan akan dibina di Perlis, kata Muhyiddin...
- Ringankan segera beg sekolah Ringankan segera beg sekolah SEKALI lagi masalah...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

