Perkasa mohon Majlis Raja-Raja bincang isu
Perkasa mohon Majlis Raja-Raja bincang isu
KUALA LUMPUR 31 Dis. – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) memohon Majlis Raja-Raja supaya membincangkan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini yang membenarkan akhbar mingguan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya.
Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, urusan berkaitan Islam adalah di bawah Majlis Raja-Raja dan Islam adalah agama rasmi Persekutuan yang mempunyai kedudukan istimewa dalam negara.
“Perkara ini termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan di bawah Perkara 153.
“Inilah masanya raja-raja Melayu bertindak melindungi Islam dan umat Islam menanti tindakan itu dengan penuh harapan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan perkataan Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam perlembagaan.
Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan bahawa Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan perkataan Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.
Ibrahim hairan kenapa urusan hal ehwal Islam boleh dicabar di mahkamah sivil.
Justeru katanya, Perkasa mendesak kerajaan supaya segera memperbetulkan keadaan itu agar agama itu tidak mudah dicabar oleh orang bukan Islam.
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- News : Isu kalimah "Allah": Raja-Raja Melayu ambil maklum permintaan KUALA LUMPUR: Raja-Raja Melayu dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu ke-220...
- Edisi Khas : BPN Memohon Perkenan Majlis Raja-Raja Mencemar Duli Memutuskan Isu Kalimah Allah Untuk Agama Islam ! Ampun Tuanku Beribu Ampun !!! BPN dengan rendah diri...
- Kalimah Allah: PM minta umat Islam bertenang, akan menghadap Agong Kalimah Allah: PM minta umat Islam bertenang, akan...
- Kerajaan digesa cepat buat rayuan Kerajaan digesa cepat buat rayuan KUALA LUMPUR...
- Nik Aziz mahu Pas-UMNO duduk semeja bincang isu agama Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

