Perkhidmatan internet TM terganggu
Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam mengalami gangguan berikutan kerosakan sirkit pada kabel dasar laut yang menghubungkan Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) di Asian American Gateway (AAG) yang terletak di Lantau, China.
Menurut kenyataan TM hari ini, berikutan masalah itu, pelanggan akan mengalami sambungan internet yang perlahan ketika melayari laman-laman web yang dihoskan di Hong Kong dan AS.
Mereka yang menggunakan perkhidmatan Protokol Internet (IP) lain seperti Rangkaian Persendirian Maya (VPN) serta aplikasi perniagaan kritikal yang dihubungkan ke Hong Kong dan AS juga mungkin mengalami gangguan perkhidmatan.
Untuk mengatasi masalah itu, beberapa laluan internet dialihkan ke sambungan alternatif bagi mengurangkan kesesakan, tambah kenyataan itu.
Menurut TM berikutan kerja membaik pulih itu, trafik ke Amerika Utara dan Hong Kong dijangka mengalami gangguan manakala trafik ke negara lain adalah seperti biasa.
Para pelanggan TM boleh menghubungi syarikat itu di talian 100 dan pilih “perkhidmatan internet” atau menghantar e-mel di help@tm.com.my untuk membuat laporan mengenai sebarang masalah perkhidmatan internet berkaitan.
- Bernama
Related posts:
- Kabel dicuri punca khidmat Telekom terganggu Kabel dicuri punca khidmat Telekom terganggu Dengan...
- Yahoo! beli firma internet Indonesia Firma enjin carian Yahoo! mengambil alih Koprol, iaitu perkhidmatan internet...
- Perkhidmatan antara bandar KTMB ke utara kembali pulih Perkhidmatan antara bandar KTMB ke utara kembali pulih...
- Merakyatkan Internet jalur lebar Pengumuman kerajaan untuk mengkaji semula kadar bayaran perkhidmatan jalur lebar...
- Amaran ancaman keselamatan pengguna Internet Explorer CyberSecurity Malaysia hari ini mengeluarkan amaran keselamatan kepada semua pengguna...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

