Perlu bersama tangani isu kalimah Allah

Perlu bersama tangani isu kalimah Allah

KUALA LUMPUR 3 Jan. – Umat Islam di negara ini perlu mengetepikan perbezaan pendapat dan agenda politik masing-masingnya, sebaliknya bersama-sama bersatu menyelesaikan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom berkata, perpaduan itu penting bagi memastikan akidah dan kepercayaan umat Islam tidak tergugat.

“Kita perlu terus berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan dalam berhadapan dengan cabaran ini. Dalam hal ini, perbezaan politik atau pun agenda perlu diketepikan.

“Walau apa pun, kita perlu berusaha untuk menegakkan hak demi Islam tetapi tanpa menjejaskan sensitiviti pihak lain,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan sumbangan barangan persekolahan pada pelajar di UMNO Bahagian Cheras di sini hari ini.

Khamis lalu, Mahkamah Tinggi di sini membenarkan Herald-The Catholic Weekly menggunakan kalimah Allah dalam penerbitannya atas alasan ia mempunyai hak dalam Perlembagaan.

Hakim Datuk Lau Bee Lan menegaskan, KDN telah bertindak secara salah ketika mengenakan larangan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan akhbar mingguan itu.

Jamil Khir berkata, perkara itu perlu ditangani dengan bijaksana tanpa menimbulkan kekecohan di kalangan mana-mana pihak.

“Biar keadilan itu berjalan untuk keadilan bagi semua pihak. Sejarah juga harus dilihat secara bersama dalam menentukan apa juga keputusan dalam perkara ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kerajaan akan mengemukakan rayuan secepat mungkin berhubung keputusan mahkamah itu.

Katanya, kerajaan akan memberikan komitmen terhadap perkara ini kerana ia melibatkan sensitiviti umat Islam.

Beliau berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan beberapa pihak seperti badan bukan kerajaan (NGO) bagi mencari pendekatan berhemah dalam menyelesaikan isu itu.



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Rakyat perlu bertenang tangani isu kalimah Allah Rakyat perlu bertenang tangani isu kalimah Allah ...
  2. Kufur Jika Sokong Guna Kalimah Allah – Haron Din BANGI : Mana-mana umat Islam yang menyokong keputusan Mahkamah Tinggi...
  3. JPM akan kemuka rayuan berhubung kalimah Allah JPM akan kemuka rayuan berhubung kalimah Allah ...
  4. Kebenaran Penggunaan Kalimah Allah Perlu Diiringi Syarat Ketat – Dr M KUALA TERENGGANU: Tun Dr. Mahathir Mohamad berpendapat keputusan Mahkamah Tinggi...
  5. Kalimah Allah: PM minta umat Islam bertenang, akan menghadap Agong Kalimah Allah: PM minta umat Islam bertenang, akan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline