Pesakit pemindahan jantung mula makan hari ini
Pesakit pemindahan jantung mula makan hari ini
KUALA LUMPUR 11 Dis. – Surirumah Tan Geek Koon, pesakit pemindahan jantung terbaru di negara, telah mula makan tiga hari lepas setelah menjalani pembedahan itu dengan menerima organ daripada seorang remaja lelaki yang meninggga dunia akibat kemalangan jalan raya di Ipoh, Perak.
Ketua Bedah Kardiotorasik Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr. Mohd. Azhari Yakub berkata, ibu kepada empat orang anak, berumur 41 tahun itu, kini dalam keadaan stabil setelah menjalani pembedahan tersebut pada Selasa lepas.
“Puan Tan masih ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) untuk melindungi beliau daripada sebarang jangkitan. Sejak dua hari lepas, beliau telah pulih dengan baik seperti yang kita mahukan dan hari ini, beliau boleh duduk dan makan,” katanya kepada pemberita di IJN di sini hari ini.
Beliau juga membacakan SMS daripada keluarga Tan yang sangat berterima kasih.
SMS itu berbunyi: “Kita ingin melahirkan penghargaan kepada keluarga penderma itu. Tidak ada perkataan yang boleh menggambarkan perasaan kami.
Sebagai penganut agama Buddha, kami doakan agar rohnya mencapai Nirvana, kita doakan agar penderma itu selamat. Sila sampaikan penghargaan kami kepada keluarga tersebut.” – Bernama
fivefilters.org featured article: Normalising the crime of the century by John Pilger
Related posts:
- Komplikasi jantung: ADUN Kerdau stabil walaupun kritikal Komplikasi jantung: ADUN Kerdau stabil walaupun kritikal ...
- Gadis tak makan, minum 15 hari PORT-AU-PRINCE – Doktor-doktor terkejut apabila seorang remaja perempuan berusia 16...
- PPUM tawar rawatan jantung tanpa pembedahan PPUM tawar rawatan jantung tanpa pembedahan PETALING...
- Setandan pisang ada tiga jantung TELUK INTAN – Seorang pekebun, Asasaruddin Rafie, 64, terperanjat besar...
- Penantian Geek Koon berakhir Penantian Geek Koon berakhir SETAHUN yang...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

