PM Britain kutuk rancangan perarakan rai tentera terkorban
PM Britain kutuk rancangan perarakan rai tentera terkorban
LONDON 4 Jan. – Perdana Menteri Britain hari ini berkata, beliau bimbang dengan sekumpulan penganut Islam yang merancang untuk mengadakan tunjuk perasaan di tengah bandar bagi meraikan tentera Britain yang terbunuh di Afghanistan.
Beliau berkata, sebarang cubaan untuk menimbulkan rasa kurang senang terhadap keluarga tentera itu amat dikesali.
Setiausaha Dalam Negeri, Alan Johnson berkata, perarakan yang akan diadakan melalui Wiltshire di bandar Wootton Bassett menyebabkan beliau sangat kecewa dan akan mengeluarkan arahan untuk mengharamkan perarakan itu sekiranya polis dan pihak berkuasa tempatan mendapati ia berlaku.
Anjem Choudary berkata, persatuan Islam4UK bercadang untuk mengadakan demonstrasi bagi menekankan kematian `lelaki-lelaki, wanita dan kanak-kanak Islam yang tidak berdosa’ yang telah terbunuh di dalam konflik itu.
Choudary menolak tunjuk perasaan itu di dalam sebuah surat terbuka yang dihantar kepada kaum keluarga tentera yang terkorban hari ini.
Wootton Bassett terkenal dengan penganjuran perarakan awam bagi mengenang 246 tentera Britain yang terbunuh di Afghanistan sejak serangan untuk mengusir Taliban di negara itu dilakukan pada tahun 2001. – Reuters
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Rumah Putih kutuk serangan Taliban Rumah Putih kutuk serangan Taliban AIR FORCE...
- Tentera Israel tembak rakyat Palestin, Malta di sempadan Gaza Tentera Israel tembak rakyat Palestin, Malta di sempadan...
- TENTERA DAN TALIBAN BERTEMPUR 19 MATI TENTERA DAN TALIBAN BERTEMPUR 19 MATI ISLAMABAD...
- Ahli parlimen Britain salah guna wang Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Gempa bumi di Haiti: PBB sahkan 36 terkorban Gempa bumi di Haiti: PBB sahkan 36 terkorban...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

