Polis tingkat kawalan keselamatan di Sabah

Polis tingkat kawalan keselamatan di Sabah


KUALA LUMPUR 15 Jan. – Polis menasihati rakyat tempatan dan pelancong asing agar bertenang dan memberi jaminan akan meningkatkan kawalan keselamatan di kawasan pantai dan pulau di sekitar Sabah sebagai langkah berjaga-jaga ekoran laporan bahawa pengganas akan menyerang pelancong asing di kawasan itu.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kawalan ketat akan sentiasa dijalankan dalam memastikan negara bebas daripada segala bentuk ancaman yang boleh menggugat keselamatan negara.

“Saya telah mengarahkan Ketua Polis Negeri itu untuk meningkatkan lagi kawalan di kawasan pantai dan pulau di sekitar Sabah terutama Semporna, Mabul dan Sipadan.

“Kita akan sentiasa memantau keadaan dan mengambil tindakan sewajarnya.

Justeru rakyat dan pelancong diminta untuk bertenang dan tidak perlu bimbang kerana kita sentiasa berjaga-jaga,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau diminta mengulas mengenai nasihat perjalanan yang dikeluarkan oleh kedutaan Amerika Syarikat di sini yang memberi amaran bahawa kumpulan penjenayah dan pengganas sedang merancang untuk menyerang rakyat asing di pulau-pulau di sekitar Sabah. – Bernama



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Popularity: unranked [?]

Related posts:

  1. Keadaan banjir di enam kawasan di Sabah terkawal – Musa Keadaan banjir di enam kawasan di Sabah terkawal...
  2. Gajah musnah tanaman, ancam keselamatan penduduk Gajah musnah tanaman, ancam keselamatan penduduk BALING...
  3. Usaha tingkat prasarana di kawasan luar bandar diutamakan Usaha tingkat prasarana di kawasan luar bandar diutamakan...
  4. Lelaki bunuh isteri baling alat kawalan jauh TV dipenjara Lelaki bunuh isteri baling alat kawalan jauh TV...
  5. Baiki kawalan, pemeriksaan KLIA Baiki kawalan, pemeriksaan KLIA Laporan tentang...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline