Profesor Oxford sokong permainan Internet


LONDON – Seorang profesor di Universiti Oxford, Marcus du Sautoy semalam mendakwa permainan melalui Internet dapat merangsang minat kanak-kanak terhadap subjek matematik.

Malah Du Sautoy mendapati, ramai pelajar berusia antara 11 hingga 16 tahun yang menggemari pelajaran matematik tetapi akhirnya kehilangan minat serta menjadi bosan terhadap matematik.

Du Sautoy, 44, yang bimbang dengan keadaan itu, membantu mewujudkan sebuah laman web matematik menggunakan ilustrasi seperti komik Jepun dan ia dikenali sebagai Manga High.

Ia menawarkan permainan dengan corak arked yang memberi sasaran untuk mendidik kanak-kanak sekolah kepada topik khusus kurikulum seperti geometri dan persamaan kuadratik.

Laman itu dicipta oleh Toby Rowland, pengasas bersama King.com, antara syarikat permainan Internet terbesar dunia dan juga anak kepada jutawan mendiang Tiny Rowland.

“Saya pernah melihat anak saya bermain Internet dan apabila Toby menemui saya, kami berbincang jika semua kemahiran itu dimajukan bersepadu. Ia cabaran menarik,” kata Du Sautoy.

Beberapa sekolah di London dan di Amerika Syarikat sudah mencuba permainan itu yang meminta murid memasukkan koordinat tertentu pada graf bagi ‘menyelamat’ bumi.

- REUTERS

Sumber Berita

Related posts:

  1. Perkhidmatan internet TM terganggu Perkhidmatan internet Telekom Malaysia Berhad (TM) semalam mengalami gangguan berikutan...
  2. OnlineFamily.Norton sekat ancaman siber Seks adalah topik carian dalam talian hangat di kalangan kanak-kanak...
  3. 13 jam seminggu gunakan internet di Amerika WASHNGTON: Pelayar laman siber didapati menghabiskan masa 13 jam secara...
  4. PDRM tingkat ‘rondaan’ dalam internet Polis Diraja Malaysia (PDRM) meningkatkan ‘rondaan dalam internet’ menerusi Bahagian...
  5. IPTA dilarang potong, had bajet internet Semua institusi pengajian tinggi awam (IPTA) diarah supaya tidak memotong...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline