Projek pasir: SPRM tangkap setiausaha eksekutif Exco Selangor

Projek pasir: SPRM tangkap setiausaha eksekutif Exco Selangor
SHAH ALAM 20 Jan. – Setiausaha eksekutif kepada seorang anggota Exco Selangor, ditangkap oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Setiausaha itu, yang diiringi anggota Exco berkenaan dan peguam kerajaan negeri, kemudiannya dibawa ke ibu pejabat SPRM Putrajaya pada kira-kira 3.30 petang.
Lima pegawai dari SPRM Putrajaya diketuai Penguasa Prem Raj Victor dipercayai menyoal siasat setiausaha itu berhubung bagaimana kelulusan bagi kontrak dan projek melombong pasir diberikan di negeri itu dan dua lawatan yang beliau lakukan ke China baru-baru ini.
Semasa serbuan yang bermula pada kira-kira 11.15 pagi, pegawai-pegawai itu juga merampas tiga dokumen dari pejabat anggota Exco berkenaan di bangunan itu. – Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Popularity: 1% [?]
Related posts:
- SPRM tahan 34 individu terlibat seludup pasir ke negara jiran SPRM tahan 34 individu terlibat seludup pasir ke...
- ‘Aktivis kebudayaan’ buat laporan SPRM terhadap Nik Aziz ‘Aktivis kebudayaan’ buat laporan SPRM terhadap Nik Aziz...
- Cuepacs mahu kerajaan ubah nama jawatan "PA" kepada Setiausaha Tadbir CUEPACS mahu kerajaan ubah nama jawatan “PA” kepada...
- S/u Kerja Exco Selangor pun balun rasuah juga ke? Ingatkan PKR ni parti suci, bersih, tapi rupanya parti...
- SPRM hanya boleh soal saksi waktu pejabat KUALA LUMPUR 19 NOV 2009 – Berkuat kuasa hari...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.