Prospek kenaikan gaji kakitangan pada 2010 positif


Prospek kenaikan gaji kakitangan pada 2010 positif
KUALA LUMPUR 3 Mac – Prospek perniagaan Malaysia menaikkan gaji kakitangan mereka tahun ini adalah positif.
Menurut laporan International Business Report (IBR) oleh Grant Thornton, 63 peratus daripada syarikat Malaysia merancang menaikkan gaji, berbanding 44 peratus tahun lepas.
Peratusan syarikat tidak bersedia untuk sebarang kenaikan gaji juga menyaksikan prospek positif, dengan 30 peratus berbanding 36 peratus, tahun lepas.
“Meskipun majoriti perniagaan seluruh dunia lebih optimistik bagi 2010, para pekerja silap jika mereka merasakan tempoh sukar sudah berakhir.
“Apabila ditanya mengenai gaji kakitangan bagi tahun akan datang, 7,400 perusahaan sederhana dan besar dalam 36 ekonomi menunjukkan mereka tidak dijangka memberi kenaikan gaji semasa 2010 berbanding tahun lepas.
“Tiga puluh enam peratus perniagaan merancang tidak menaikkan gaji atau mengurangkan gaji di seluruh dunia, berbanding 24 peratus pada 2009,” demikian menurut laporan itu yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Mengenai peningkatan tenaga kerja, 29 daripada 36 ekonomi yang dikaji menjangka menambahkan bilangan kakitangan mereka pada 2010.
Menurut laporan itu, perniagaan paling optimistik ialah di Vietnam, Brazil, Botswana, Australia dan India.
“Berada di kedudukan ke-14 dalam senarai, empat peratus pemilik perniagaan di Malaysia dijangka menambahkan bilangan kakitangan pada 2010, berbanding 20 peratus tahun lepas. Ini merupakan penurunan 16 peratus.
“Ia adalah negatif, berbanding pemilik perniagaan di negara-negara jiran seperti Vietnam dengan kenaikan 54 peratus, Filipina dengan peningkatan 29 peratus, dan Singapura dengan pertumbuhan 13 peratus dari segi bilangan kakitangan,” demikian menurut laporan itu.
IBR merupakan kaji selidik tahunan pandangan eksekutif kanan dalam perniagaan persendirian di seluruh dunia. – Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Kajian JPA positif, gaji tentera bakal dinaikkan Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- 98,747 Pegawai Polis Nikmati Kenaikan Skim Gaji Baru Seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan...
- 150,000 Pengawal Keselamatan Nikmati Kenaikan Gaji Sehingga 75 Peratus Mulai 1 Julai, kira-kira 150,000 pengawal keselamatan dalam industri kawalan...
- Gaji tentera perlu lebih tinggi – Timbalan Menteri Message from Five Filters: If you can, please donate to...
- Kerajaan akan tangani isu gaji rendah Kerajaan akan tangani isu gaji rendah KUALA...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

