Ribuan spesies aneh huni dasar laut


Hidupan marin yang tinggal di lautan dalam didapati mempunyai bentuk yang ganjil seperti timun laut yang mempunyai sesungut lut sinar.

Satu laporan yang disiarkan kelmarin merekodkan sebanyak 17,650 spesies didapati hidup di lautan dalam.

“Sebahagian daripada laut dalam yang kita anggap sejenis sebenarnya lebih rumit,” kata seorang pakar oseanografi di Universiti Louisiana, Robert S. Carney di Amerika Syarikat (AS).

Penyelidik-penyelidik merekodkan 5,600 spesies baru daripada 230,000 yang sudah dikenal pasti dalam bancian hidupan laut itu.

Antara yang disenaraikan itu ialah beberapa makhluk aneh seperti sotong bertelinga gajah dan cacing yang menyedut minyak.

Katalog hidupan marin itu dijangka siap pada Oktober 2010.

Ia menunjukkan sebanyak 5,722 spesies tinggal di dasar laut sedalam 1,000 meter yang tiada sinaran matahari.

- AP

Sumber Berita

Related posts:

  1. Penyu Bantu Pulihara Keseimbangan Hidupan Laut Oleh INTAN NORASYIKIN MOHD ARIFFIN Sebanyak empat daripada tujuh...
  2. Hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora Hujan lebat, angin kencang serta laut bergelora ...
  3. Mencari nilai perubatan kuda laut Mencari nilai perubatan kuda laut KEPELBAGAIAN...
  4. Nelayan di Kelantan diminta berwaspada ke laut Nelayan di Kelantan diminta berwaspada ke laut ...
  5. Cahaya aneh muncul di Norway OSLO – Satu cahaya misteri seperti lingkaran ubat nyamuk muncul...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline