RISDA cadang naikkan bantuan tanam semula

RISDA cadang naikkan bantuan tanam semula
PASIR PUTEH 14 Mac – Pihak Berkuasa Pekebun Kecil Getah (RISDA) bercadang akan menaikkan kadar bantuan tanaman semula getah tua daripada RM7,000 kepada RM10,000 bagi setiap hektar tidak lama lagi.
Timbalan Ketua Pengarah RISDA, Datuk Wan Mohd. Zuki Wan Mohamad berkata, bantuan tanaman semula sekarang sebanyak RM7,000 bagi setiap hektar sudah tidak mencukupi berasaskan kos pengendalian semakin meningkat.
“Ini termasuk bahan-bahan import, upah tenggala, benih dan racun,” katanya kepada pemberita pada majlis perasmian Penerangan Pembasmian Kemiskinan dan Penyampaian Bantuan Program Peningkatan Pendapatan (PPP) di Sekolah Menengah Kebangsaan Jeram di sini, hari ini.
Wan Mohd. berkata, pihaknya akan memohon peruntukan daripada kerajaan dan yakin akan mendapat kelulusan memandangkan kerajaan sekarang sangat prihatin untuk membantu rakyat terutama pekebun kecil di luar bandar.
Katanya, tahun ini Risda memperuntukkan RM300 juta untuk pelbagai kegiatan termasuk program tanaman semula getah di seluruh negara daripada jumlah itu RM45 juta diluluskan untuk negeri Kelantan.
“Sehingga ini RM35 juta daripada jumlah itu (Kelantan) sudah dibelanjakan,” katanya.
Katanya, kenaikan harga getah sekarang yang melambung tinggi sehingga mencecah RM5 hingga RM6 bagi setiap satu kilo (belian di luar bandar) akan mendorong generasi muda sekarang yang suka berhijrah ke bandar mencari pekerjaan pulang ke kampung menoreh getah.
Katanya, berasaskan harga sekarang bagi mereka yang memiliki dua hektar kebun getah mereka mampu menghasilkan pendapatan antara RM5,000 hingga RM6,000 sebulan iaitu satu pencapaian yang cukup lumayan. – BERNAMA
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- RM19.3j bina rumah pekebun kecil – TKP RISDA RM19.3j bina rumah pekebun kecil – TKP RISDA...
- Jawatan Kosong di Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) Feb 2010 PERMOHONAN ADALAH DIPELAWA DARIPADA WARGANEGARA MALAYSIA YANG BERKELAYAKAN UNTUK MENGISI...
- Pasaran getah semasa makin melonjak Pasaran getah semasa makin melonjak KOTA...
- Skim bantuan artis dikaji semula Skim bantuan artis dikaji semula PUTRAJAYA...
- Pengagihan wang ihsan kepada murid sekolah dikaji semula Pengagihan wang ihsan kepada murid sekolah dikaji semula...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

