Sediakan tempat baru sebelum roboh premis peniaga kecil
Sediakan tempat baru sebelum roboh premis peniaga kecil
IPOH 31 Jan. – Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) meminta kerajaan negeri Pulau Pinang menyediakan kawasan baru kepada peniaga Melayu yang didakwa menjalankan perniagaan tanpa lesen sebelum bertindak merobohkan premis mereka.
Timbalan Presiden DPMM, Datuk Ahmad Mahiyuddin Abdullah berkata, kerajaan negeri sepatutnya mencari alternatif seperti mengeluarkan lesen perniagaan kepada mereka sebelum mengambil tindakan demikian.
“Tindakan (merobohkan) memberi kesan negatif kepada sosial dan ekonomi kepada yang terlibat… perbuatan yang tidak adil dan tidak berperikemanusiaan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini sebagai mengulas tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang yang sedang giat merobohkan gerai-gerai kecil yang berniaga tanpa lesen.
Ahmad Mahiyuddin berkata, kerajaan negeri perlu mengambil kira kesan tindakan berkenaan terhadap para peniaga terbabit kerana mereka mempunyai keluarga dan anak-anak yang bersekolah.
Beliau berkata, pemberian lesen perlu dimudahkan dan jika kawasan alternatif sukar disediakan dengan segera, kerajaan negeri boleh mengeluarkan lesen perniagaan kepada mereka untuk menggunakan van bagi menjalankan perniagaan. – Bernama
Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Popularity: 1% [?]
Related posts:
- Nasib peniaga Melayu di P. Pinang Nasib peniaga Melayu di P. Pinang ...
- Bajet 2010 harapan peniaga kecil Melayu SAYA menyokong kenyataan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Syed...
- Polis tahan tiga lelaki yang disyaki terbabit kes tetak peniaga Polis tahan tiga lelaki yang disyaki terbabit kes...
- Peniaga kedai runcit Kuala Terengganu jual gula RM1.70 KUALA TERENGGANU 2 Jan. – Hampir kebanyakan peniaga kedai...
- RM19.3j bina rumah pekebun kecil – TKP RISDA RM19.3j bina rumah pekebun kecil – TKP RISDA...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.