Selangor raih piala sumbangsih

Selangor raih piala sumbangsih


SEREMBAN 9 Jan — Selangor membuka tirai bola sepak Liga Super musim ini dengan bergaya apabila menjulang Piala Sultan Ahmad Shah selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, di sini, malam ini.

Bagaimanapun, Negeri Sembilan terlebih dahulu membuka jaringan dan menggamatkan kira-kira 25,000 penonton selepas Idris Karim menanduk masuk bola hasil sepakan percuma ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya untuk menewaskan penjaga gol Selangor, Hamsani Ahmad pada minit ke-27.

Perlawanan sumbangsih itu turut disaksikan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Besar Tampin Syed Razman Syed Idrus Al Qadri, Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan dan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Selepas rehat, pasukan ”The Red Giant” bimbingan K. Devan bangkit memberi asakan bertalu-talu dan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-76 menerusi Safee Sali dan berselang tujuh minit kemudian, D. Surendran berjaya menyumbat gol kemenangan buat Selangor.

Sementara di Stadium Tan Sri Dato” Haji Hassan Yunos, Larkin, Johor, Azlan Ismail menjadi wira pasukan Kedah selepas berjaya menjaringkan hatrik pada minit ke-32, 81 dan 86 menentang Johor.

- BERNAMA



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Selangor Juara Piala Sumbangsih SEREMBAN – Penyandang juara Liga Super, Selangor membuka tirai...
  2. Negeri Sembilan &, Selangor buka kempen bolasepak 2010 Perlawanan Sumbangsih 2010 merebut Piala Sultan Ahmad Shah di...
  3. Jadual Perlawanan Piala FA 2010 – Pusingan Pertama 02/02/2010 01. Pasukan PP SDM Navy Kepala Batas VS Pasukan...
  4. Keputusan Perlawanan Piala FA Malaysia 2010 (Pusingan 1) 06/02/2010 01. Pasukan Selangor PKNS – ( 2 ) VS...
  5. KEPUTUSAN PERLAWANAN LIGA MALAYSIA (09/01/2010) PIALA SUMBANGSIH 2010 : N.Sembilan 1 – 2 Selangor...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline