Serena kalahkan Henin untuk juarai Terbuka Australia

Serena kalahkan Henin untuk juarai Terbuka Australia


MELBOURNE 30 Jan. – Serena Williams menamatkan harapan Justine Henin untuk meraih gelarana Grand Slam selepas kembali dari persaraan dengan kemenangan 6-4, 3-6, 6-2 dalam perlawanan akhir Terbuka Australia hari ini.

Williams bagaimanapun dicabar hebat oleh Henin sebelum mencatatkan kejuaraan kelima kejohanan tersebut dan Grand Slam ke-12 secara keseluruhan dalam acara perseorangan.

Henin yang mendapat sokongan sebahagian besar penonton di Rod Laver Arena, gagal mengikuti jejak rakan senegaranya Kim Clijsters yang menjuarai Grand Slam sejurus membuat penampilan semula.

Clijsters memenangi Terbuka Amerika Syarikat tahun lalu selepas kembali menyertai kejohanan setelah bersara selama dua tahun kerana mendirikan rumah tangga dan memiliki anak. – AP



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Henin, Zheng mara ke separuh akhir Terbuka Australia Henin, Zheng mara ke separuh akhir Terbuka Australia...
  2. Kalahkan Serena: Dementieva juarai tenis Antarabangsa Sydney Kalahkan Serena: Dementieva juarai tenis Antarabangsa Sydney ...
  3. Henin dan Clijsters bakal gegar kejohanan tenis Antarabangsa Brisbane Henin dan Clijsters bakal gegar kejohanan tenis Antarabangsa...
  4. Henin, Stosur mara ke akhir tenis GP Porsche Henin, Stosur mara ke akhir tenis GP Porsche...
  5. Federer juara Terbuka Australia, raih Grand Slam ke-16 Federer juara Terbuka Australia, raih Grand Slam ke-16...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline