Siaran langsung bola sepak Sukan SEA?

Siaran langsung bola sepak Sukan SEA?
VIENTIANE 13 Dis. – Usaha sedang dilakukan bagi membolehkan penyokong dan peminat bola sepak Malaysia menyaksikan secara langsung perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA antara Malaysia menentang tuan rumah, Laos esok, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk Razali Ibrahim.
Beliau berkata kementeriannya melalui Majlis Sukan Negara telah pun berbincang dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengadakan siaran langsung itu.
“Sukan bola sepak adalah sukan utama di negara kita… oleh itu pasti ramai yang mahu menyaksikan perlawanan itu secara langsung menerusi televisyen,” katanya kepada wartawan Malaysia di sini.
Skuad negara kendalian K. Rajagobal mara ke separuh akhir untuk bertemu Laos, esok selepas menewaskan juara lapan kali berturut-turut, Thailand 2-1 dalam aksi terakhir saingan Kumpulan A pada Jumaat lepas.
Menurut beliau siaran langsung itu akan memberikan galakan kepada semua pemain kerana pasukan yang akan mereka berdepan ialah pasukan tuan rumah yang sudah tentu mempunyai kelebihan daripada segi tempat dan sokongan padu penyokong.
- BERNAMA
fivefilters.org featured article: Normalising the crime of the century by John Pilger
Related posts:
- Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA...
- Siaran langsung Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA jam 6 petang Khamis 16 Disember Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir...
- Bola sepak Sukan SEA: Malaysia gagal sekat Vietnam Bola sepak Sukan SEA: Malaysia gagal sekat VietnamBola sepak...
- Bagaimana bola sepak Malaysia hendak maju? Bagaimana bola sepak Malaysia hendak maju? BANYAK...
- Kementerian Pelajaran komited tingkat martabat bola sepak Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

