Siaran langsung Perlawanan Akhir Bolasepak Sukan SEA jam 6 petang Khamis 16 Disember

Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan menyiarkan siaran langsung perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea XXV, Laos antara Malaysia dan Vietnam, Khamis ini – 16 Disember.

Ketua Pengarah Penyiaran, Datuk Ibrahim Yahya berkata, siaran itu yang ditaja oleh Telekom Malaysia, akan dapat ditonton menerusi TV2 dan dijangka bermula pada 6 petang.

“Bagaimanapun waktu siarannya tertakluk kepada pukul berapa perlawanan dimulakan,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri hari ini untuk mengumumkan program Rentak Juara-Rhythm of Champions 2010.

Malaysia melayakkan diri setelah mengalahkan tuan rumah Laos 3-1 dalam perlawanan separuh akhir malam tadi manakala Vietnam menundukkan Singapura 4-1.

Perlawanan akhir itu nanti memberi peluang kepada Malaysia menebus kekalahan 1-3 kepada Vietnam di peringkat kumpulan.

- BERNAMA

Sumber Berita

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. Siaran langsung bola sepak Sukan SEA? Siaran langsung bola sepak Sukan SEA? VIENTIANE...
  2. Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA Malaysia ke separuh akhir bola sepak Sukan SEA...
  3. Malaysia menang pingat emas bolasepak Sukan SEA menewaskan Vietnam 1-0 Skuad bola sepak bawah 23 negara mencipta sejarah Sukan...
  4. Bola sepak Sukan SEA: Malaysia gagal sekat Vietnam Bola sepak Sukan SEA: Malaysia gagal sekat VietnamBola sepak...
  5. RTM diberi hak siar 35 perlawanan Piala Dunia 2010 Radio Televisyen Malaysia (RTM) hari ini diberi hak sebagai...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline