Siaran TV Alhijrah mula tahun depan
PUTRAJAYA 20 NOV 2009 – Saluran televisyen Islam pertama negara, TV Alhijrah dijangka memulakan siarannya pada pertengahan tahun depan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom bagaimanapun berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan menyempurnakan majlis prapelancaran TV Alhijrah lebih awal iaitu pada hujung tahun ini.
Beliau berkata, rancangan TV Alhijrah sesuai ditonton oleh seisi keluarga tanpa mengira latar belakang agama penontonnya.
”Program kita bukan sahaja mengenai bacaan al-Quran, forum perdana dan kuliah, tetapi ia mengambil kira keperluan semua penonton termasuk mereka yang bukan Islam.
”Rancangan kita memenuhi keperluan seisi keluarga, golongan remaja, peminat sukan dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyaksikan penyerahan sumbangan bernilai RM500,000 daripada Bank Rakyat kepada Alhijrah Media Corporation di Ibu Pejabat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) di sini hari ini.
Sumbangan tersebut disampaikan oleh Ahli Lembaga Pengarah Bank Rakyat, Datuk Daud Tahir kepada Pengerusi Alhijrah Media Corporation, Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor.
Jamil Khir berkata, kerajaan telah bersetuju memperuntukkan RM10 juta kepada TV Alhijrah untuk menampung kos pengurusan dan pentadbiran saluran televisyen baru itu.
”TV Alhijrah merupakan saluran tidak berbayar kerana kita mahu masyarakat di seluruh negara memanfaatkan rancangan-rancangan yang disiarkannya.
”Keadaan ini juga bermakna TV Alhijrah memerlukan sumbangan dana daripada pelbagai pihak,” katanya.
- UTUSAN
Related posts:
- Subjek sastera wajib dalam BM, BI tahun depan Kementerian Pelajaran bakal mewajibkan subjek sastera dalam mata pelajaran Bahasa...
- Guru Besar Dan Pengetua Dapat Iimbuhan Jika Berjaya Lonjakan Prestasi Sekolah Mulai Tahun Depan KUALA TERENGGANU: Bermula tahun depan, guru besar dan pengetua yang...
- Kerajaan Perkenal Dua Tabung Pencen Baru Tahun Depan Kerajaan akan memperkenalkan skim pencen bekerja sendiri dan usia tua,...
- Empat Politeknik Metro Mula Hujung Tahun Ini Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan mewujudkan 14 politeknik metro di...
- Tahun Baru Cina sedarkan semua pihak masa depan negara lebih penting Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

