TAHNIAH ANAK BANGSA KU !
TAHNIAH ANAK BANGSA KU !
aku membelek akhbar.tengok wajah-wajah riang anak bangsa aku yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dalam exam UPSR…aku tak berapa hairan sangat dengan prestasi anak-anak bangsa aku yang duduk di bandar, cuma tumpuan aku agak kaget dan tersentap bila ada cerita sedih disebalik kejayaan mereka di luar bandar.
gambar ke dua, muhammad nabil yang cacat kaki kirinya jugak berjaya dalam exam UPSR.
aku membelek akhbar utusan mukasurat 14 dan 15.
di muka surat 14 ada gambar cukup menyayat hati. gambar anak bangsa aku bernama muhammad zikri mohd yunan yang menziarahi kubur bondanya sambil membawa slip keputusan 5A upsr nya… gambar tu kata budak bertuah ini ada di melaka. aku tak mampu nak cakap apa-apa lah bila aku tengok adik zikri melutut di pusara bondanya ..aku yakin dia nak bagitau bondanya bahawa dia mendapat 5a !..ya allah rasa sedih dihati..aku mintalah agar ali rustam memberikan biasiswa penuh kepada adik zikri ni..jagalah kos pembelajaran dia,letakkan dia kat mana-mana MRSM .
muka surat 15 lagi syahdu..adik izzati di ipoh perak mendapat 5a tetapi sekadar melihat keputusan examnya di papan kenyataan sekolah. pasal apa ? pasal mak bapak dia ada berhutang RM57 yuran tahunan sekolah. dek kerana RM57 inilah adik izati tak dapat PEGANG SLIP sepertimana rakan-rakan yang lain..
dr zambry dll pemimpin umno dari negeri yang aku sebutkan… kau tahu apa yang perlu kau lakukan ! korang tengok sendirilah cerita anak-anak bangsa kita yang hebat ini dalam akhbar utusan hari ini..ini lambang cekal,lambang gigih anak melayu !
aku doakan seluruh anak bangsaku berjaya di dunia dan akhirat ! amin
Related posts:
- Tahniah semua : 3 Anak Ibrahim dari PKR sudah dikuburkan oleh orang Hulu Selangor dengan majoriti 1725 undi !!! gambar : The Star Jam 8.09 pm Utusan...
- Utusan suara keramat bangsa Utusan suara keramat bangsa Tulisan ini...
- Anak saya bukan seorang penjenayah – Norsiah SHAH ALAM 27 April – Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah...
- Hak ‘anak kandung, anak tiri’ Hak ‘anak kandung, anak tiri’ ISTILAH...
- 40 Kesilapan Ibubapa Dalam Mendidik Anak-anak Menurut Pakar Motivasi Dr Hasan Hj Mohd Ali, terdapat 40...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

