Temuduga proses pilih calon terbaik sertai perkhidmatan awam

Temuduga proses pilih calon terbaik sertai perkhidmatan awam

SURUHANJAYA Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) ingin merujuk kepada tulisan Rakyat Berkualiti dari Alor Setar, Kedah dalam ruangan forum Utusan Malaysia bertarikh 24 Disember 2009 yang bertajuk Kesal panel temuduga SPA tidak matang.

Temuduga adalah merupakan proses penting untuk mengenal pasti calon yang terbaik dan benar-benar layak sebelum dilantik ke dalam perkhidmatan awam. Temuduga bertujuan menilai kemahiran dan pengetahuan calon dalam perkara-perkara berkaitan dengan jawatan yang dipohon.

Di samping itu, temuduga juga bertujuan untuk menilai sahsiah dan kompetensi calon.

Kompetensi ini meliputi sahsiah calon seperti aspek disiplin, komitmen, integriti dan lain-lain lagi yang ditentukan mengikut keperluan jawatan.

Soalan-soalan yang dikemukakan adalah untuk mendapatkan gambaran tentang kompetensi calon, termasuk penilaian dari segi emosi calon untuk memastikan mereka ini adalah sesuai untuk memasuki perkhidmatan awam.

Setiap soalan mempunyai tujuan tertentu dan penilaian dibuat ke atas jawapan yang diterima dan dibandingkan dengan calon-calon yang lain.

Berhubung dengan cadangan supaya panel temuduga SPA dilantik daripada kalangan suruhanjaya bebas, adalah dimaklumkan bahawa SPA itu sendiri adalah badan bebas yang dipertanggungjawabkan untuk melantik pegawai-pegawai dalam perkhidmatan awam di bawah bidang kuasanya.

Ahli suruhanjaya adalah dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 139(4), Perlembagaan Persekutuan dan merupakan bekas pegawai kanan dalam perkhidmatan awam yang mempunyai kematangan, kepakaran, pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam perkhidmatan awam.

RADZIAH MOHD. SHARIF

Pegawai Perhubungan Awam

b.p. Setiausaha

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Senarai Calon Panggilan Temuduga Pegawai Tadbir N41 Kerajaan Terengganu senarai calon temuduga pegawai tadbir n41 kerajaan terengganu Sumber Berita...
  2. Senarai Calon Temuduga Juruteknik Komputer FT17 Kerajaan Terengganu Jan 2010 Senarai Calon Temuduga Juruteknik Komputer FT17 Kerajaan Terengganu Jan 2010...
  3. Senarai Calon Panggilan Temuduga Pembantu Veteriner G17 Kerajaan Terengganu senarai calon temuduga pembantu veteriner g17 kerajaan terengganu Sumber Berita...
  4. SENARAI CALON LAYAK TEMUDUGA FASILITATOR SCHOOLNET ZON TENGAH Semakan boleh dibuat mulai 19 November 2009 di : SEMAKAN...
  5. Peperiksaan Khas Memasuki Perkhidmatan Awam Gred 41 – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) TARIKH : 10 APRIL 2010 (SABTU) MASA :9.00 PAGI Peperiksaan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
  • Saya Noraini Liusin dari Sabah ingin bertanya Cik/Encik tentang temuduga Perkhidmatan Awam Gred 41. Saya telah lulus peperiksaan memasuki perkhidmatan awam Gred 41 bagi jawatan Pegawai Siasatan yang di adakan bulan April 2010,untuk pengetahuan Cik/Encik saya mengetahuinya dari laman web SPA. Akan tetapi tidak dinyatakan bila tarikh temuduga akan diadakan. Adakah pihak SPA membuat pemberitahuan tarikh temuduga melalui surat atau di laman web SPA? Saya juga ingin bertanya selain aspek sahsiah dan kompetensi calon,apakah aspek lain yang perlu ada pada calon contohnya adakah panel temuduga mengambil kira pengalaman kerja serta kemahiran yang dimiliki calon tersebut? Sekian,terima kasih
  • onlinema
    Ramai yang masih keliru dengan kaedah 'profiling' yang mula digunapakai oleh pihak SPA dalam pengambilan kakitangan kerajaan yang baru.“Kaedah Pengambilan Secara Profiling” dilancarkan secara rasmi oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak pada Januari 2010 yang lepas. Dalam majlis tersebut juga, pengurusi SPA Tan Sri Jamaluddin Haji Ahmad Damanhuri berkata “kaedah yang akan dilaksanakan ini, setiap calon yang akan dilantik oleh SPA akan melalui saringan dalam bentuk peperiksaan teori,
    ujian fizikal dan kecergasan, ujian praktikal, ujian psikologi, penilaian kompetensi dan temuduga”

    Saya lampirkan bersama email ini dokumen mengenai perkara ini yang anda boleh perolehi dari pihak SPA sendiri. Mudah-mudahan ianya memberi gambaran yang jelas tentang perlaksanaan berperingkat sistem ini.

    http://imej.spa.gov.my/pdf/MYRECRUITMENT_2010.pdf

    Untuk makluman SPA akan memaklumkan secara bersurat dan melalui laman web rasmi spa. Walaubagaimanapun anda dinasihatkan untuk menyemak nya secara online agar tidak terlepas sebarang panggilan temuduga mahupun Program Accesment Centre.
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline