Tragedi jalan raya, langkah tegas dan profesional diperlukan

Tragedi jalan raya, langkah tegas dan profesional diperlukan

PERISTIWA kemalangan maut di jalan raya mutakhir ini agak menjadi- jadi, menggerun serta membingungkan. Yang lebih menyedihkan kejadian ini melibatkan seisi keluarga dan kanak-kanak. Sekali pandang kebanyakan kemalangan itu disebabkan kelalaian manusia termasuk sikap tidak mengambil berat tentang keperluan dan peruntukan undang- undang dan etika serta keselamatan di jalan raya.

Seorang pelancong Barat pernah mengulas bahawa ancaman kepada Malaysia bukan daripada pengganas tetapi daripada pengguna jalan raya yang mengganas. Berdasarkan tragedi baru-baru ini ulasan itu ada benarnya. Namun, apakah kaedah ujian memandu kita betul?

Pihak berkuasa yang menentukan keselamatan di jalan raya iaitu PDRM dan JPJ sewajarnya mempunyai bahagian yang bukan sahaja menguatkuasakan undang-undang berkaitan tetapi menjalankan peranan sebagai penasihat secara berterusan sebagai salah satu langkah perang saraf dan gerak saraf. Mereka dari PDRM dan JPJ mempunyai kuasa untuk bertindak di bawah undang-undang yang berkaitan dan jika teguran dan nasihat tidak dipedulikan maka mereka boleh sahaja mengambil tindakan undang-undang.

PDRM (Cawangan Trafik) dan JPJ harus kurangkan sekatan jalan raya sebaliknya tingkatkan rondaan di kawasan perumahan dan di kawasan membeli-belah serta kedai kerana pelanggaran peraturan jalan raya banyak berlaku.

Di samping itu pihak mahkamah juga harus memainkan peranan yang lebih nyata dalam menentukan hukuman yang akan dikenakan bukan sahaja bersesuaian tetapi dapat menjadi satu pengajaran yang cukup berkesan kepada pelanggar undang-undang ini. Mungkin juga Dewan Rakyat dapat mengkaji semula dan meminda peruntukan dan hukuman yang terdapat dalam undang-undang jalan raya supaya ia dapat diperkemas dan diberatkan lagi.

Kepada pesalah trafik remaja harus dikenakan hukuman kerja sosial bagi menginsafkan mereka.

Kerajaan dan Dewan Rakyat tidak boleh lagi membuang masa dengan celoteh yang tidak berfaedah, sebaliknya memandang gejala kemalangan jalan raya sebagai cukup membimbangkan.

ZULKIFLI ABDUL RAHMAN

Shah Alam



fivefilters.org featured article: Normalising the crime of the century by John Pilger

Related posts:

  1. Kematian di jalan raya KL meningkat 38% Angka kematian pemandu dan penumpang kereta dalam kemalangan jalan raya...
  2. Tingkatkan ciri keselamatan elak kemalangan di jalan raya Tingkatkan ciri keselamatan elak kemalangan di jalan raya...
  3. 14 maut dalam nahas jalan raya semalam Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. Kenderaan berat dilarang guna jalan raya 12, 13, 20, 21 Feb Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  5. Sekatan jalan di lebuh raya GCE susahkan pengguna Sekatan jalan di lebuh raya GCE susahkan pengguna...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline