Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana
Tuan rumah Piala Dunia dilanda bencana
CAPE TOWN 17 Jun – Bandar raya Cape Town yang menempatkan pasukan bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 dilanda bencana teruk semalam selepas banjir dan kebakaran memusnahkan lebih 2,100 buah rumah kediaman penduduk sekitarnya.
Semua pasukan yang ditempatkan di bandar itu telah diletakkan dalam keadaan berwaspada pada tahap tertinggi berikutan cuaca buruk dengan hujan lebat, angin kencang dan hujan salji serta laut bergelora menjadikan keadaan terlalu sejuk sekarang, kata satu kenyataan bandar raya semalam.
“Operasi bantuan terus dipertingkatkan bagi memastikan keadaan kembali normal,” kata ketua pusat pengurusan bencana, Greg Pillay kepada AFP.
Kelmarin, 60 buah rumah kediaman musnah di jilat api menyebabkan 250 orang kehilangan tempat tinggal di Hout Bay, yang hanya dapat dikawal sepenuhnya semalam.
Ini diikuti dengan banjir yang memusnahkan 900 buah rumah di beberapa kawasan menyebabkan 1,900 orang kehilangan tempat tinggal. – AFP
Five Filters featured article: Headshot – Propaganda, State Religion and the Attack On the Gaza Peace Flotilla. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Tuan rumah Piala Dunia 2010 tewas Tuan rumah Piala Dunia 2010 tewas Afrika...
- Gabon tuan rumah Piala Negara-negara Afrika 2012 Gabon tuan rumah Piala Negara-negara Afrika 2012 ...
- 144 rumah rosak dilanda ribut 144 rumah rosak dilanda ribut KANGAR...
- Korban banjir di Perancis menjadi 18 orang Korban banjir di Perancis menjadi 18 orang ...
- Doa dan zikir dihindarkan bala bencana Doa dan zikir dihindarkan bala bencana TAKZIAH...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

