UK sambut baik tawaran Malaysia

UK sambut baik tawaran Malaysia
KUALA LUMPUR 18 Dis. – Ikrar Malaysia untuk mengurangkan pelepasan karbon dioksida sehingga 40 peratus menjelang 2020 berbanding kadar pada 2005 membuktikan kesungguhan yang diletakkan kerajaan Malaysia kepada perubahan iklim, kata Pesuruhjaya Tinggi Britain ke Malaysia, Boyd McCleary.
Beliau berkata, United Kingdom (UK) menyambut baik kenyataan berhubung perkara itu oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sidang Kemuncak Perubahan Iklim di Copenhagen semalam.
“Kesediaan Perdana Menteri untuk menyatakannya dengan tepat akan dapat membantu dalam perbincangan yang sedang berlangsung di Copenhagen,” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.
McCleary berkata, kerajaan UK sependapat dengan Najib bahawa bergerak ke arah ekonomi dengan pelepasan karbon yang kurang merupakan satu-satunya jalan yang wajar dan menawarkan peluang penting kepada ekonomi baru muncul.
“Saya berharap agar ikrar Malaysia dan tawaran lain yang dibuat oleh negara maju serta membangun akan membantu kami mencapai sebuah perjanjian global yang hebat di Copenhagen bagi menghalang perubahan iklim yang berbahaya,” katanya. – Bernama
fivefilters.org featured article: Normalising the crime of the century by John Pilger. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.
Related posts:
- Negara maju berhutang besar kepada dunia – Najib Negara maju berhutang besar kepada dunia – Najib...
- Berazam jadi individu, rakyat Malaysia lebih baik – PM Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
- Rakyat jelas mengenai visi negara di bawah Najib Rakyat jelas mengenai visi negara di bawah Najib...
- ‘Keturunan India dilayan baik’ ‘Keturunan India dilayan baik’ NEW DELHI 21...
- UMNO sambut ulang tahun ke-64 di PWTC Selasa ini UMNO sambut ulang tahun ke-64 di PWTC Selasa...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

