Duduk sambil berurut

Duduk sambil berurut


BAYANGKAN anda dapat berehat di ruang tamu sambil berurut. Pasti segala tekanan yang dialami berkurang. Kini, anda boleh menikmati teknologi berurut yang moden menerusi sofa bertindak sebagai alat urutan. Penghias ruang tamu ini bukan sahaja memberi keselesaan kepada anda sekeluarga tetapi bertindak sebagai alat mengurut yang baik.

Sofa ini menggunakan teknik urutan gaya Shiatsu iaitu tekanan daripada ibu jari. Gaya ini merupakan sistem urutan secara binaan dalaman terbabit dijangka dapat memberikan persaingan.

Ia merehatkan bahagian belakang badan dengan baik dan mengurangkan tekanan angin dalam badan.

Dalam pada itu, struktur kerusi urutan direka khas agar padan dengan tubuh badan manusia dan berupaya menghasilkan urutan yang lebih efektif.

Ia juga menggunakan sistem serta teknik urutan lembut dan rapi sehingga mencapai nikmat urutan menyeluruh.

Teknologi ini juga mempersembahkan mekanisme urut pada bahagian belakang di antara leher dan pinggang. Urutan meramas, ketukan secara perlahan, regangan,

Shiatsu dan menumbuk diguna untuk memberi kelegaan kepada mereka yang duduk di sofa ini.

Selain itu, pengubahsuaian terhadap kelajuan dan kelebaran sistem urutan dapat membantu melegakan otot tegang serta merangsang sistem peredaran darah.

Menurut Pengurus Besar Bahagian Kelengkapan Rumah Ogawa, Datuk Dr Eddy Sikm set sofa ini disasarkan untuk pelanggan yang mengutamakan perabot yang santai, menenang dan menyegar.

“Produk berkenaan dikongsi bersama sebuah syarikat teknologi urutan berpangkalan di Amerika Syarikat yang menggabungkan keselesaan untuk rumah dan pejabat. Set sofa berkonsepkan urutan ini diperkenalkan buat pertama kali,” katanya pada majlis memperkenalkan sofa yang mempunyai kemampuan mengurut, Ogawa- Cozzia.

Ogawa ingin menerapkan amalan kesihatan dengan cara paling santai agar seluruh ahli keluarga dapat bersama merasainya.

Siri Cozzia tampil dengan enam enam gaya berbeza termasuk kerusi sandar, sofa, kerusi urut mewah dan kerusi urut biasa. Ia dijual mengikut rekaan pengguna termasuk jumlah gabungan set, jenis kulit dan warna.

Sementara itu, pengguna boleh memilih sendiri reka bentuk set sofa Cozzia terbabit mengikut penggunaan dan kemampuan.

Pelanggan boleh memilih untuk mendapatkan set sofa yang memiliki tiga, dua dan satu tempat duduk mengikut pengkhususan rekaan dalam rumah.

Ogawa turut menyediakan sesi hiasan dalaman secara percuma mengenai kedudukan sofa Cozzia berkenaan di dalam rumah.

Dalam pada itu, satu pameran Konsep Perabot Kesihatan dan Kecergasan Cozzia oleh Ogawa diadakan di pusat beli-belah 1 Utama (New Wing), sehingga 25 Januari ini.

- RABIATUL ADAWIYAH



Five Filters featured article: Chilcot Inquiry. Available tools: PDF Newspaper, Full Text RSS, Term Extraction.

Related posts:

  1. Dion Bakar baca akhbar, layari Internet sambil terapung Bolehkah anda melayari Internet selain bercakap menggunakan telefon bimbit...
  2. BANYAKNYA RUMAH URUT BANYAKNYA RUMAH URUT DULU rumah urut cuba...
  3. EXCO Agama Selangor tidor ke? Apa dah jadi?.. rumah urut semakin banyak di Selangor…EXCO Agama...
  4. BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA…? Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai...
  5. IDEA DUDUK SEMEJA NIK AZIZ HANYA BONEKA IDEA KERAJAAN PERPADUAN HAJI HADI DIHALANG…IDEA DUDUK SEMEJA PULA DICETUSKAN...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline