1Pas "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" :Selangor – Pakatan Rakyat panik!

Suara cemas dan panik kini telah timbul di kalangan penyokong Pakatan Rakyat… pelbagai isu kini yang timbul di Selangor sehingga pembangkang kini merasakan diri mereka tersembam di sudut dinding.

Perasaan bimbang ini dikongsikan oleh blogger pembangkang (klik di sini) Jika Masih Mahu Bertahan Tanpa Serang Balas, Pakatan Rakyat Selangor Akan Tumbang Akhirnya…

Berpandukan kepada scenario sekarang, jika Pakatan Rakyat masih lagi bertahan sedangkan sudah diserang bertubi, tidak hairan jika Selangor akan bungkus selepas Perak. BN telah memasang jenteranya bukan sahaja dalam BN malah juga dalam pakatan rakyat……

Dalam suasana komponen BN sedang dilambung kekeruhan, kenapa Pakatan Rakyat tidak bernafsu dan bijak menangguk di air keruh Putrajaya untuk berjaya? Sebaliknya Pakatan Rakyat turut sama mengeruhkan kolam sendiri. Pakatan Rakyat seolah-olah hilang pedoman dan tak tahu mana yang penting dan mana yang tidak?

Apa strateginya untuk menangkis dan membalas serangan? Atau masing-masing sudah kenyang dengan elaun dan CRV sehingga lupa yang mereka ini adalah pembangkang. Jika pakatan rakyat masih menyimpan cita-cita untuk tawan Malaysia, segeralah bagun dan bertindak. Kempen secara besaran dan komprehensif perlu dilakukan semalam dan bukan menunggu sebulan sebelum PRU nanti. Itu jam dah tak ada masa nak sebarkan propaganda, dan terangkan isu. Kalau masih nak “wait and see” lagi masa tu dah tak ada masa nak menangkis dan dalam masa yang sama nak mengukuhkan keadaan.

Ini adalah luahan panik dan kebimbangan penyokong PR.. tapi kita menilai bahwa pembangkang ini hanya akan membuat sesuatu jika menguntungkan mereka semata-mata… khidmat mereka kepada yang terpilih sahaja… bukan untuk semua rakyat Malaysia… lihat penulisan dibawah ini…

Penting sangat ke panangkapan bekas Mufti Perlis tu bagi pakatan berbanding kes Tian Chua? Dr Asri tu ahli parti mana? Kalau sebelum ini, sekiranya berlaku ketidakadilan penangkapan sebegini, satu Malaysia sudah dijajah dengan pelbagai road show. Tapi sekarang apa dah jadi? Kenapa nafsu dah tak naik ke atau faktor usia semuanya?

Maksudnya adalah, jika mereka itu dari puak pembangkang barulah mereka menolong… seperti dr Asri hanya patut dibiarkan kerana tidak menguntungkan politik pembangkang.

Apa yang penting bagi BN sekarang ialah berkhidmat untuk semua rakyat buken secara terpilih yang diamalkan oleh Pakatan Rakyat… Isu dan permasalahan PR  di Selangor hanya disebabkan kelemahan pentadbiran Kerajaan negeri dan parti komponen pembangkang.

Sumber

Related posts:

  1. 1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Selangor lebih sesuai jadi Hub Arak dari Hub ilmuan Walaupun Selangor terus panas dengan politik namun kerajaan negeri...
  2. 1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : YB PKR menipu pulak.. Siapa Mohamad Tarmizi ni ya… seboleh boleh menafikan kesalahan yang...
  3. 1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Aziz Bari mahu Hassan Ali dan Us Nasha ‘disembelih’ Ada seorang profesor barua Erdogan ni bersungguh-sungguh nampaknya nak jatuhkan...
  4. 1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Berita hangat! Berita paling hangat di alam maya… hahaha Blogger upahan PAS...
  5. 1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Dr Abu Hassan – PAS memang bergolak Seorang tokoh akademik terkenal Prof Dr ABu Hassan Hasbullah, mengesahkan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline