Abu Bakar Chik : "Saya sendiri rasa tidak hendak tengok muka profesor"

Dalam sesi ‘percambahan minda’ yang melibatkan Dr Abdul Aziz sendiri, pandangannya di Sinar Harian bulan lepas dan wawancara dengan Malaysiakini semalam yang mengkritik pedas kepemimpinan Abdul Hadi menimbulkan pelbagai reaksi daripada peserta.

Peserta yang jelas tidak berpuas hati dengan Dr Abdul Aziz termasuklah pemimpin PAS Terengganu, Datuk Abu Bakar Chik yang berkata beliau “tidak dapat melihat muka” pakar undang-undang perlembagaan itu di seminar hari ini.

“Beliau kena jawab dengan tegas. Saya sendiri rasa tidak hendak tengok muka profesor. Bukan tidak hendak tengok (terus), tetapi hari ini sahaja.

“Semua orang tidak mahu Umno,” katanya, menjawab tuduhan ada pemimpin parti itu ingin bekerjasama dengan musuh politik tradisinya itu.

Abu Bakar juga mempersoalkan penjelasan Dr Abdul Aziz sebelum itu yang meminta peserta tidak memfokuskan kepada analisis pilihan rayanya semata-mata kerana ia dibuat dalam ruang lingkup ke arah pembentukan sistem dua parti di Malaysia.

“Kenapa? Secara jelas (hendak) jadi ejen Barat apabila paksa kita ikut sistem dua parti. Kalau tidak ejen Barat pun, ejen nafsu dia. Turun, jadi orang politik!” cabarnya, disambut takbir sebahagian peserta.

Terdapat juga beberapa peserta yang bangun meminta Dr Abdul Aziz membuktikan dakwaannya bahawa Abdul Hadi kini “Pak Lah versi PAS” dan “sudah kehilangan stim” seperti diterbitkan di akhbar web ini, semalam.

Malah ada yang menuntut Dr Abdul Aziz memohon maaf kerana didakwa merendahkan-rendahkan seorang ulama Islam, yakni Abdul Hadi.

Sumber

Popularity: 1% [?]

Related posts:

  1. ANWAR NIZAR HAMPEH:NIK AZIZ TINGGALKAN SEMINAR! KERANA TIDAK…… Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat...
  2. DOA PAS TERKENA DIRI SENDIRI Pemuda Umno Kelantan mendakwa bencana yang menimpa kerajaan PAS...
  3. BAI’AH : HADI SUMBAT GOL SENDIRI DIMASA KECEDERAAN Akhirnya Hadi tersepit diantara parti dan agama. Hendak mengaku...
  4. 1PAS "DAP didahulukan, Islam ditinggalkan" : Aziz Bari mahu Hassan Ali dan Us Nasha ‘disembelih’ Ada seorang profesor barua Erdogan ni bersungguh-sungguh nampaknya nak...
  5. Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan – berlawok!!!!!…. Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline