Ada diantara pemimpin PAS lebih rela bergabung dengan UMNO dari mengikut Nik Aziz bergabung dengan DAP

Sedangkan UMNO sedang sibuk membetulkan saf dan memperbaiki liku liku jalanannya , PAS dan PKR kini menghadapi krisis dalaman yang amat meruncing. PAS dikatakan kini menghadapi kerenah kepimpinan Nik Aziz dan kumpulan Endorgan yang mana menuntut 3 kepimpinan tinggi PAS, Hj Hadi Awang yang merupakan Presiden Parti, Mustafa Ali (setiausaha agung parti) Hassan Ali (adun negeri Selangor ) untuk disingkirkan melalui EGM. Hasrat Nik Aziz ini amat serius kerana ini lah buat pertama kali seorang pemimpin tertinggi meminta Presiden dan pemimpin kanan parti berkenaan di pecat. Malahan sebelum ini ketika pemilihan PAS berlaku Nik Aziz pernah membayangkan agar Hj Hadi disingkir dan digantikan dengan pemimpin lain. Sokongan terbuka Nik Aziz kepada calon calon lain jelas membayangkan bahawa Nik Aziz mahukan Hj Hadi disingkir. Namun keputusan tidak memihak kepada Nik Aziz dan keputusan menunjukkan bahawa ahli akar umbi tidak menerima cadangan Nik Aziz dan mereka menyokong Hj Hadi .

Krisis bermula adalah gara gara PAS yang diketuai oleh Hj Hadi yang berminat dan berhasrat untuk menubuhkan kerajaan Perpaduan dengan UMNO sedangkan Nik Aziz lebih cenderung PAS berganding dengan kerajaan DAP dan PKR. Jelas dan secara terangan umumnya tahu bahawa DAP adalah sebuah parti yang anti Islam dan yang terus terang menetang sekiranya PAS meneggakan negara Islam sedangkan umum juga tahu bahawa UMNO adalah sebuah parti yang membela orang Melayu dan menjadi tunjang pemerintahan mengikut lunas Islam. Nik Aziz lebih cenderung kepada Husam Musa yang lebih cenderung pula kepada kepimpinan Anwar Ibrahim.

PKR pula pada ini menghadapi krisis bersama Zaid Ibrahim ahli baru PKR dan juga PKR Sabah yang mana kedua dua isu ini dicetuskan oleh blue eyes boys Anwar Ibrahim , Azmin Ali. Zaid Ibrahim dikatakan tidak setuju dengan Azmin Ali dan kini mengambil cuti selama 6 bulan dan Jefry Katinggan dikatakan telah meletakkan jawatan bersama sama dengan pemimpin kanan PKR di Sabah kerana tidak berpuasa hati kerana Azmin dilantik sebagai Pengerusi perhubungan PKR Sabah dan banyak perkara lain yang berbangkit. Sementara itu kes liwat Anwar pula yang mana kes ini telah lama ditanguhkan atas cubaan Anwar tidak mahu kes ini dibicarakan kerana kemungkinan kali ini ada banyak fakta yang tidak boleh menutup lagi penipuan Anwar dan kemungkinan besar ianya boleh mengaibkan seluruh keluarga Anwar, Kes Anwar dengan Saiful ini adalah satu kes yang membuat Anwar terlalu gelabah dan berbagai cara dilakukan untuk mengelakkan perbicaraan di adaan .

Apakah Hj Hadi dan geng akan dipecat atau Nik Aziz yang akan diberikan undi tidak percaya satu masa nanti?

Sumber

Related posts:

  1. PKR AKAN BERGABUNG DENGAN DAP???? Sejauh manakah PKR mampu bertahan? Ia adalah persoalan paling menarik...
  2. KELANTAN : SEPATUTNYA PEMIMPIN PAS LEBIH BERSEMANGAT DARI ANWAR MUSA KELANTAN JUARA PIALA MALAYSIA 2009-KELANTAN GOMO INSYAALLAH! Semangat juang LEBIH...
  3. Pas Meroyan, Hj Hadi pula sedia kerjasama dengan UMNO Bengong… gila talak… dahulu siapa yang tolak untuk bermuzakarah.. tetapi...
  4. Edisi Petang : Kisah Barua Lee Kuan Yuew Mahu Ku Li berpisah dari Umno ! Siapa barua itu ? Semua sudah tahu bahawa bapa...
  5. ANWAR NIZAR KAKI XXXXXX:PENGEMIS POLITIK LEBIH BAIK DARI PELACUR POLITIK Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kementerian...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline