Anak Muda Kelantan

Di Kelantan, poster atau gambar Nik Aziz akan membasahi semua papan tanda atau kain rentang walaupun bertujuan untuk menjayakan tahun melawat negeri Kelantan. Boleh dikatakan Kelantan tidak ada tempat yang cantik untuk dilawati.

Memiliki pemadangan pantai kotor oleh pengunjung atau dicemari maksiat oleh golongan muda-mudi, sungai dipenuhi habuk-habuk sisa buangan, kedai kain dimonopoli oleh hypermarket dan jalan raya dipenuhi dengan kereta second hand. Bangsa Cina sahaja mampu menyewa lot-lot kedai kerana sewa yang mahal di hypermarket di Kelantan dan orang Melayu berniaga di tepi jalan berhadapan dengan rumah.

Yang membeli kereta import atau kereta baru kebanyakan mereka yang bekerja dengan kerajaan. Berniaga ada yang jadi kaya, sebagai contoh menantu Nik Aziz dan anak Nik Aziz (Pengasas Jus Tok Guru), yang lain-lain berniaga kais pagi makan tengahari sahaja. Penganggur paling ramai menghiasi Kelantan. Sekiranya ada jawatan kosong di dalam jabatan kerajaan, satu jawatan ditawarkan, 100 ribu belia yang memohon.

Syarikat swasta pula sudah serik hendak mengadakan temuduga terbuka di Kelantan kerana belia dan beliawanis Kelantan akan bekerja sebulan dua sebelum ‘cabut’ ke kilang lain yang berdekatan.

Kilang di Kelantan boleh dikira dengan jari. Di Pengkalan Chepa, dahulu ada 60 buah kilang kini sudah tinggal lima buah sahaja. Itupun kilang simen dan kilang sarung tangan. Gaji ditawarkan RM15.00 sehari, itupun perlu bekerja 12 jam bagi jawatan operator.

Penyelia atau jawatan supervisor, memerlukan pengalaman sehingga 10 tahun, memiliki ijazah atau diploma. Gaji ditawarkan sebulan RM750.00 sahaja. Itupun terpaksa bekerja 24 jam. PAS tidak peduli masalah orang muda di Kelantan. Bila tiba pilihan raya, PAS akan menabur fitnah dan memburukkan BN supaya pengundi muda beralih arah memberi sokongan kepadanya.

Yang bernasib baik, mempunyai kemahiran design graphic, bekerja di kedai dengan gaji RM800-1000 sebulan. Itu di kira taraf profesional. Yang boleh hidup senang ialah lawyer- sebab mengambil komisen sehingga 40% dan selalu membuat tuntutan dengan pihak lain. Mereka kaya sedangkan orang yang membuat tuntutan kini berada di wad ICU atau sedang mengucap. Peluang pekerjaan di Kelantan tidak ubah seperti di Indonesia, Myanmar, Thailand dan Filipina.

Orang Kelantan yang pakar, profesional dan pintar datang berhijrah ke KL, Selangor, Pulau PInang (dulu, sekarang kerja pun dah tak ada di sana), Johor dan Negeri Sembilan. Mereka memajukan kawasan berkenaan kerana peluang di Kelantan terhad.

Kebanyakan orang Cina (bukan Kelantan) akan melawat ke Kelantan untuk ‘sembahyang’ terutama di Gua Musang dan Beruk (Tumpat). Maklumlah di sana banyak tokong yang besar didirikan untuk membuktikan Kelantan adalah Serambi Mekah. Kenapa orang Kelantan ke Mekah untuk menunaikan ibadah haji dan umrah sedangkan di sana kita boleh lakukannya! Kita keliling patung beberapa minggu lepas tu dikira haji Makhbur.


Bertani adalah ibadah, benar semua dalam kehidupan kita adalah ibadah. Kenapa PAS menyuruh kita bertani? Jawapannya, kalau kita hendak bertani, buat pinjaman dengan MARA yang diurus oleh UMNO bukan dengan kerajaan PAS.

Kerajaan PAS mana ada duit. Bagi duit PAS ambil. PAS akan ada duit sekiranya Royalti Minyak diberikan kepada mereka. Satu lagi, sekiranya kita bertani, kita rugi, maka kita jangan minta bantuan dari PAS sebaliknya redha dengan kerugian. Yang boleh mendapat keuntungan hanya menantu dan keluarga Nik Aziz sahaja.

Papan tanda di Kelantan abe MIE rasa, 80% menggunakan gambar Nik Aziz bukannya menunjukkan kemajuan negeri Kelantan atau iklan untuk menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk.

Yang untung besar adalah orang Cina sebab mereka yang mendapat sub-kontrak printing (percetakan) sedangkan Melayu hanya bekerja sebagai tukang naik kayu di papan tanda. Entahlah apa motif papan tanda berlogokan Nik Aziz dijadikan propaganda bukannya meletak gambar Sultan Kelantan sebagai simbol kedaulatan negeri Che Siti Wang ‘Berkembang’.

Go to Source

Related posts:

  1. Anak MB Kelantan ‘tidak tahu etika berjemaah’ – Setiausaha PAS Kelantan Anak perempuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan “tidak...
  2. Gambar Cucu Nik Aziz@anak Ariffahmi & Amalina di Billboard Perbadanan Menteri Besar Kelantan? Gambar ini dijumpai dalam facebook. Disahkan oleh kickdefella sendiri...
  3. Ng Yen Yen Kata Kelantan Kotor Dr. Ng Yen Yen kesal dengan tindakan Kerajaan PAS Kelantan...
  4. Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan – berlawok!!!!!…. Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau...
  5. Kerajaan PAS Kelantan rugi RM 50 juta kerana Kroni Akhirnya MB Kelantan akui kerajaan Kelantan PAS rugi RM 50...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline