AnWAR ‘BELI’ SYED HUSIN RM 500k

“syed, you pi buat pc, balun depa yg keluaq. i tak buleh, depa tu kawan i”


Datuk Ahmad Nazri Abdullah (kiri) bersama Datuk Dr. Wan Ismail di satu majlis di rumah AnWAR

1. Tiba-tiba Syed Husin ghairah ‘membalun’ mereka yang meninggalkan PKR. Mengenali Syed Husin, karektor beliau bukanlah begitu. Namun seperti yang dinyatakan Syed Husin sendiri jika wang boleh merubah segalanya, tidak mustahil perkara ini juga berlaku kepada beliau. Kebelakangan ini juga dilihat Syed Husin makin menjadi alat PKR yang semakin hilang idealisma.

2. Menyusur sejarah, Syed Husin mula diintai AnWAR hanya setelah Parti Keadilan Nasional tercari-cari arah dalam halatuju politik negara. W/pun Syed Husin dan AnWAR berkawan dari zaman 60-an di Universiti Malaya, AnWAR hanya memandang Syed Husin ’sebelah mata’ apabila Syed Husin cenderung kepada sosialis dan menyertai PRM.

3. Hingga menjawat jawatan TPM, Syed Husin sering diperkecilkan AnWAR dalam politik. Namun seperti biasa, AnWAR sering mengambil kesempatan dari mereka yang lemah dengan pujuk rayunya. Misi AnWAR diawal penubuhan PKN (skg PKR) adalah menelan mana-mana parti yang boleh dijadikan ‘kuda tunggangan’ bagi mencapai hasrat beliau.

4. PAS dan DAP jauh panggang dari api untuk ‘ditelan’ AnWAR w/pun ada usaha-usaha yang telah dijalankan. Aktivis-aktivis SUARAM yang sering berdemo membela AnWAR yang cenderung kepada PRM (ketika itu Syed Husin Presiden PRM) digunakan AnWAR untuk memerangkap Syed Husin dalam percaturan politik jijik AnWAR.

5. Atas alasan mahu memperkuatkan barisan pembangkang, bermula 2002 AnWAR telah membuka tawaran kepada Syed Husin Ali untuk bergabung dengan Parti Keadilan Nasional (PKN) ketika itu. Banyak warkah dari Sungai Buloh memujuk rayu Syed Husin. Syed Husin nampak begitu berminat, namun mendapat tentangan dari beberapa AJK tertinggi PRM.

6. Dari pihak PKN juga tentangannya amat keras, terutama dari kelompok ABIM dalam PKN. Tahun 2004, PRM mengadakan Kongers Nasional mereka konon yang terakhir mahu membubarkan PRM dan bergabung dengan PKN. PKN juga membawa usul ini ke persidangan Agung untuk bergabung dan menukar nama kepada PKR.

7. Orang yang memainkan peranan disebalik ini ialah Datuk Ahmad Nazri Abdullah (gambar), bekas Ketua Pengarang Berita Harian di zaman AnWAR dan kuasa di sebalik semua ini adalah WANG. Nyata Syed Husin tergesa-gesa mahu mahu mengadakan Kongres Nasional PRM yang terakhir yang bayarannya ditanggung oleh Syed Husin! Ini tidak pernah terjadi dalam sejarah PRM.

8. Setelah menyelesaikan segala yang berkaitan dengan bayaran kongres, Syed Husin menerima RM 500,000 sebagai imbuhan kerana telah membubarkan PRM dan bergabung dengan parti AnWAR. Selesai proses penggabungan Syed Husin diberikan jawatan Timbalan Presiden PKR, juga sebagai imbuhan beliau membubarkan PRM.

9. Direnung dari kata-kata Syed Husin ‘membelasah’ mereka yang keluar PKR kini, x-pkr merasa mual nak termuntah melihat Syed Husin. Syed Husin menyatakan dalam kongres terakhir konon atas dasar prinsip keadilan dan perjuangan yang lebih besar beliau membubarkan PRM. Rupa-rupanya hanya bayaran RM 500,000 Syed Husin sanggup mengkhianati rakan-rakan dalam PRM dan menyeberang menyertai AnWAR.

Baik juga Datuk Nazri Abdullah ni seorang yang ‘rajin’ bercerita. Beliau yang menceritakan bagaimana beliau mengeluarkan sejumlah wang tersebut untuk diberikan kepada Syed Husin atas arahan AnWAR. Beliau juga mengaku telah memberikannya kepada Syed Husin! Kepada Syed Husin, cermin diri anda sebelum nak mengata orang….ohh, saya terlupa, mungkin silau cahaya setiap kali melihat cermin menyebabkan Syed Husin tak nampak dirinya……………

Sumber Berita

Related posts:

  1. SYED HUSIN YG TERSEPIT DEK MAINAN AnWAR. 1. Agak lambat mengulas isu ini kerana kekangan masa. Diberitakan...
  2. Syed Husin si buluh tua yang cakap melalut!! Tuduhan jahat Syed Husin, Timbalan Presiden PKR telah di sanngah...
  3. ZAID MAKIN TERTEKAN, AnWAR TAK PEDULI… 1. Zaid makin tertekan. Tindak tanduk beliau selepas kalah makin...
  4. FAEKAH MANGSA TERBARU AnWAR-AZMIN 1. Faekah Husin mula melibatkan diri dgn PKN sebelum PRU...
  5. DAH 30 TAHUN AnWAR LARIKAN AZIZAH AZIZAH CHECKING ON AnWAR 1. Semalam, 28 Feb 2010 genaplah...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,
blog comments powered by Disqus
SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline