ANWAR NIZAR HAMPEH:ANWAR PERGUNA PAS UNTUK CAPAI CITA POLITIKNYA
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah berjaya mempergunakan Pas demi mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri.
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, Anwar merasakan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyokong pembentukan kerajaan perpaduan Pas-UMNO, adalah penghalang besar kepada cita-citanya itu.
”Saya setuju dengan pendapat bahawa idea kerajaan perpaduan Pas-UMNO bukan isu utama mengakibatkan kemelut dalam Pas.
”Sebaliknya ia peranan Anwar di belakang tabir Pas yang menjadi punca krisis ini. Ia alasan mengetepikan kewujudan Abdul Hadi yang dilihat mampu menenggelamkan kredibiliti Anwar untuk menjadi Perdana Menteri,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Beliau mengulas kolum sebuah akhbar berbahasa Inggeris yang melihat permasalahan dalam Pas bukan saja melibatkan golongan pro-UMNO tetapi juga anti-Anwar.
Mohd. Puad berkata, pemimpin Pas prokerajaan perpaduan seperti Datuk Dr. Hassan Mohd. Ali yang dilabel pemimpin bermasalah oleh mursyidul am parti itu, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebelum ini, juga menjadi kerisauan kepada Anwar.
”Anwar memang resah dengan cara Hassan di Selangor yang susah berkompromi dengan banyak tindakan kerajaan negeri di bawah pimpinan PKR itu. Ia salah satu sebab Anwar melaga-lagakan Pas,” katanya.
Tambahnya, ramai ahli Pas belum sedar permainan Anwar kerana mereka masih mempercayai ikrar Pas untuk tetap bersama pakatan pembangkang.
Kata Mohd. Puad, Anwar juga dilihat mahu mengalihkan perhatian daripada masalah dalaman PKR kepada masalah dalam Pas.
”Pemimpin PKR tidak henti-henti terlibat dengan masalah moral dan peribadi, jadi Anwar cuba mengalihkan perhatian rakyat mengenai ini dan menjadikan ia masalah Pas.
”Sepatutnya Pas sedar bahawa Anwar sedang resah jika dia tidak dapat menghapuskan Abdul Hadi, maka cita-citanya akan tertutup,” katanya.
http://kamalfarsya.blogspot.com/feeds/posts/default
Related posts:
- ANWAR NIZAR HAPRAK HAMPEH:HAYAT PKR DAN ANWAR AKAN BERAKHIR DALAM SENYAP SEHINGGA ke hari ini, ramai masih tertanya-tanya apakah hasil Seminar...
- ANWAR NIZAR HAMPEH:WAN AZIZAH TAHU ANWAR SILAP PERCATURAN Sikap membisu Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berhubung...
- ANWAR NIZAR ALJUBURI:NIK AZIZ BUAT MACAMANA PUN HADI TETAP PRESIDEN PAS Berbagai cara yang dilakukan TGNA untuk menyingkirkan Haji Hadi dari...
- ANWAR NIZAR HAMPEH:NIK AZIZ TINGGALKAN SEMINAR! KERANA TIDAK…… Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri...
- ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

