ANWAR NIZAR HAMPEH:NIK AZIZ TINGGALKAN SEMINAR! KERANA TIDAK……
Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menghadiri seminar politik parti itu yang diadakan hari ini namun terpaksa meninggalkan majlis berkenaan kira-kira pukul 10.15 pagi tadi kerana masalah kesihatan.
Beliau meninggalkan seminar tersebut selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang selesai menyampaikan ucapan perasmian.
Difahamkan Nik Abdul Aziz akan kembali pada majlis penutup seminar itu pada sebelah petang ini.
Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) Khamis lalu.
Seminar hari ini dibuat berikutan cadangan Nik Abdul Aziz sebelum ini untuk mengadakan Muktamar Khas (EGM) bagi menukar ‘dua tiga kerat’ pemimpin parti itu yang bermasalah bagi membersihkan parti daripada golongan pro-kerajaan perpaduan antara PAS dan Umno yang bertentangan keputusan Muktamar PAS Jun lalu.
Tiga pemimpin yang disebut dalam blognya ialah Timbalan Presiden, Nasharuddin Mat Isa; Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali; dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali.
Bagaimanapaun pada mesyuarat khas Jawatankuasa PAS Pusat pada 28 Oktober lalu memutuskan untuk tidak mengadakan EGM sebaliknya parti itu akan mengadakan seminar politik bagi membincangkan isu-isu yang berkaitan untuk memperkasakan parti.
Dua pemerhati politik yang diundang memberi pandangan pada seminar politik itu ialah Prof Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Prof Dr Abu Hassan Hasbullah dari Universiti Malaya (UM).
Selain itu, seorang lagi panel ialah, Naib Presiden PAS yang juga Pengerusi Jawatankuasa Disiplin parti, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Related posts:
- ANWAR NIZAR BARU=A:J/K DISIPLIN AKAN SIASAT SEMUA ADUAN NIK AZIZ. Jawatankuasa Disiplin PAS tidak akan menyiasat semua pimpinan pusat...
- ANWAR NIZAR ALJUBURI:NIK AZIZ BUAT MACAMANA PUN HADI TETAP PRESIDEN PAS Berbagai cara yang dilakukan TGNA untuk menyingkirkan Haji Hadi dari...
- ANWAR NIZAR HAPRAK HAMPEH:HAYAT PKR DAN ANWAR AKAN BERAKHIR DALAM SENYAP SEHINGGA ke hari ini, ramai masih tertanya-tanya apakah hasil Seminar...
- ANWAR NIZAR HAMPEH:ANWAR PERGUNA PAS UNTUK CAPAI CITA POLITIKNYA Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim telah...
- ANWAR NIZAR PELIWAT HAMPEH:ALAHAI NIK AZIZ,APA KE BENDA NAK NAIK HAJI PUN GUNA DUIT RASUAH Dalam PAS dia bukan rasuah juga bukan makan suap...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

