ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA=T:PEMBANGKANG CUBA HERET PM KE JAWATANKUASA KHAS

Cubaan Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) mengemukakan usul merujuk Perdana Menteri ke Jawatankuasa Khas Parlimen berhubung isu royalti minyak kepada Kelantan ditolak Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Menurut Pandikar Amin, Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan pada sesi soal jawab lisan sebelum itu didapati tidak melakukan sebarang kesalahan.

Dzulkefly yang tidak berpuas hati dengan pendirian Najib memberi wang ihsan kepada Kelantan mulai tahun depan mendakwa, keputusan Perdana Menteri itu dibuat tidak selari syarat pemberian royalti kepada negeri-negeri berdasarkan Akta Kemajuan Petroleum 1974.

“Di dalam Akta Kemajuan Petroleum tidak ada syarat yang menyatakan untuk membolehkan negeri-negeri mendapat lima peratus royalti minyak, petroleum itu mesti diperoleh dalam lingkungan tiga batu nautika daripada pesisir pantai,” katanya.

Bagaimanapun, Pandikar Amin menegaskan: “Dalam sesi soal jawab apa pun, jawapan oleh sesiapa termasuk Perdana Menteri boleh dikatakan menyeleweng kalau memenuhi tiga syarat iaitu fakta memang tak betul, yang menjawab tahu fakta itu tidak betul dan meneruskan hujah dan ketiga ada niat hendak menyelewengkan.

“Jawapan tadi daripada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri bagi saya tidak melanggar mana-mana peraturan mesyuarat.”

Keputusan Pandikar Amin itu terus disanggah beberapa ahli Parlimen pembangkang lain seperti Datuk Mahfuz Omar (Pas-Pokok Sena) dan M. Kulasegaran (DAP-Ipoh Timur).

Pandikar Amin kemudian menjelaskan, ahli-ahli Parlimen berkenaan seharusnya mengikut peraturan Dewan dengan mengemukakan usul mereka terlebih dahulu sebelum membangkitkan perkara itu dalam persidangan.

http://kamalfarsya.blogspot.com/feeds/posts/default

Go to Source

Related posts:

  1. ANWAR NIZAR PEROSAK HAMPEH:KERAJAAN BN AKAN BERI WANG EHSAN PADA NEGERI KELANTAN Ini bukti yang kerajaan BN perihatin dengan masaalah kerajaan Kelantan...
  2. ANWAR NIZAR KAKI XXXXX:NIK AZIZ MENAGIH YANG BUKAN HAK KELANTAN Kerajaan Persekutuan bersedia sekiranya kerajaan Kelantan ingin membawa isu pertikaian...
  3. Najib Tenang Berhadapan Ahli Parlimen Pembangkang Di Parlimen Semalam Perdana Menteri hadir bagi menjawab soalan-soalan berkaitan dengan isu...
  4. ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA:APAKAH PAS AKAN TERPEDAYA LANGKAH menubuhkan sebuah pakatan dan berjuang dengan satu nama serta...
  5. ANWAR NIZAR PEROSAK BANGSA:PAS BERDIAM BILA DAP PERSOAL PERUNTUKAN MASJID Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mempersoalkan sikap...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline