Anwar …pujaan hatiku
Anwar Ibrahim berjaya menjadikan PAS kucar-kacir sebagaimana dilakukan terhadap UMNO 10 tahun yang lepas.
i. Sekiranya Hassan Ali akan disingkir dari PAS, kemungkinan besar lapan ADUN PAS akan mengikut jejak Hassan. Menurut sumber, PAS kini menghadapi dilema untuk menghukum atau tidak Hassan Ali kerana tindakan yang silap dari PAS Pusat akan menyebabkan perpecahan dalaman parti PAS.
ii. Lagipun PAS di Selangor tidak sekuat PAS di Kelantan. PAS di Terengganu dipimpin oleh Haji Hadi pun belum dapat menawan negeri berkenaan pada tsunami politik yang lepas.
iii. Tidak semua lapan ADUN PAS akan mengikut jejak Hassan, kemungkinan lima hingga enam ADUN akan bertindak sedemikian. Mereka akan menjadi calon bebas tetapi menyokong BN sebagaimana dilakukan oleh Badrul Hisyam dan beberapa ADUN di Perak.
iv. Sekira ini berlaku, Pakatan dan BN di Selangor mempunyai 50/50. Sebab itulah Khalid Ibrahim terlalu menjaga hati ‘sahabat’ dalam DAP kerana penentu PKR di Selangor adalah DAP sedangkan Khalid lupa yang PAS akan memberi mesej ‘lu boleh jatuh sebab gua’

v. Jika tidak ada ADUN lompat dalam PKR ke BN atau menjadi calon bebas, Sultan Selangor mempunyai kuasa mutlak akan melantik parti yang mendapat majoriti untuk menerajui Selangor. Justeru, BN akan mendapat mandat dan melantik MB serta EXCO walaupun tidak boleh menggubal dasar kerana gagal mendapat undi 3/4 majoriti. Dengan itu, Selangor mengikut jejak negeri Perak dan MB, Khalid Ibrahim akan membubarkan ADUN sedangkan mereka sudah tidak mempunyai kuasa berbuat sedemikian.
2. Menurut salah seorang sahabat yang bekerja di bahagian media di bawah Menteri Besar, Selangor, Khalid Ibrahim, PKR kini menghadapi krisis dalaman parti sebagaimana dialami oleh PAS. Mereka bukan sahaja berpecah kepada beberapa kelompok, bahkan menghadapi ketidakpercayaan kepada pucuk pimpinan.
3. Misalnya, Nik Aziz tidak percaya kepada Haji Hadi, Nasharuddin, Mustapha Ali dan Hassan Ali dengan menjadikan agenda Perpaduan Melayu sebagai punca PAS berpecah. Apa pula alasan PKR apabila Naib Presiden PKR Sabah, Jeffry Kitingan dan Christina Lew meletak jawatan? Adakah kerana UMNO?
4. Mengimbas kejayaan Pakatan menerajui beberapa negeri adalah faktor populariti Anwar Ibrahim. Anwar berjanji untuk rakyat yang menghadapi masalah kewangan, memberi keistimewaan kepada Cina dan India dalam politik dan pentadbiran serta menabur subsidi seperti hujan turun dari langit.
5. Kena ingat, masalah yang melanda Pakatan juga berpunca daripada Anwar Ibrahim. Badrul Hisyam memberitahu, saya hairan dengan tindakan pucuk kepimpinan parti PKR Anwar Ibrahim yang mengelak dalam perbicaraan kes liwat terhadap Saiful Bukhari di mahkamah!
6. Sahabat yang paling rapat dengan Anwar seperti Ezam Mohd Nor, Nalla dan lain-lain lagi sanggup mendedahkan konspirasi dan perjuangan Anwar bukan untuk rakyat sebaliknya bagi memenuhi poket masing-masing. Mereka semua keluar PKR tanpa disuruh oleh sesiapa atau diberi ganjaran yang lumayan. Bahkan calon PKR dari Perak keluar parti tidak diberikan jawatan EXCO oleh BN!
7. Di dalam PKR, kita dapati hanya beberapa kerat orang Melayu menganggotai Majlis Tertinggi PKR. Awar, Azizah dan Azmin yang digelar ‘Bateri 3A’ sahaja menonjol sedangkan cina-cina yang berkepentingan dalam politik, pentadbiran dan ekonomi Malaysia yang sebenarnya menguasai PKR.
8. Kalau tidak, sudah tentu PKR akan berjuang untuk orang Melayu yang merupakan ‘Tuan Rumah Malaysia’ dan kaum Majoriti di Malaysia. Orang Melayu dihina dan diaibkan. Islam pula diperjudikan di pentas politik. Raja dan Sultan Melayu seolah-olah memegang jawatan sebagai operator kilang yang sudah tidak dihormati lagi oleh rakyat Malaysia.
9. abe MIE pernah memberitahu, Presiden PAS, DS Haji Hadi cuba menjauhkan diri dari perjuangan Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang atas alasan masalah moraliti yang dihadapi oleh Anwar dan perjuangan PAS untuk menegakkan syair Islam di Malaysia. Haji Hadi mengetahui yang Anwar mempunyai ‘jenayah’ dan kenapa perlu dilantik sebagai ‘Presiden Pakatan’ andai kata mereka menerajui Malaysia nanti.
10. Namun kebijaksanaan Anwar tidak dapat ditandingi oleh Haji Hadi apabila Anwar ‘memasang kaki’ supaya Nik Aziz, Hussam Musa, Dewan Ulama PAS dan pemimpin PAS untuk menyokongnya. Perpaduan apakah yang diperjuangkan oleh Pakatan selama memerintah beberapa negeri di Malaysia? Mana penting perpaduan antara umat Islam dan Melayu dengan perpaduan antara PAS dan DAP?
11. Perkara ini tidak dinafikan apabila Karpal Singh yang turut menyalahkan kejatuhan kerajaan Pakatan di Perak berpunca daripada idea Anwar yang mengagungkan ‘katak’ untuk menubuhkan kerajaan 16 September.
12. Semasa Anwar bekerja dengan kerajaan BN di bawah kepimpinan Tun Dr. Mahathir , 10 tahun yang lalu, Anwar digelar sebagai peliwat, perasuah, menyalahgunakan kuasa, mementingkan perjudian, bergelombang dengan maksiat, penipu orang Melayu dan lain-lain lagi.
13. Bukan orang atau pemimpin UMNO yang menggelarnya sedemikian, sebaliknya di kalangan pemimpin PAS dan DAP. Mereka juga menyuruh Anwar meletak jawatan di dalam kerajaan kerana memudaratkan rakyat Malaysia sekiranya dilantik menjadi Perdana Menteri menggantikan Tun Dr. Mahathir kelak.
14. Persoalan sekarang, kenapa parti komunis DAP sahaja yang tidak mempunyai masalah ketika Anwar, Haji Hadi dan Nik Aziz berkelahi? DAP berjaya mendapat kerusi yang selesa pada ketika ini. Apa agenda yang tersembunyi DAP dalam perkara ini? Adakah DAP punca masalah ini?
15. Walaupun MCA pun mengalami nasib yang sama, namun kebijaksanaan DS Najib telah menjahit semula calit kain di kalangan orang Cina yang menyokong BN. Parti Gerakan pun mempunyai masalah ketidakyakinan rakyat terutama penduduk di Pulau Pinang.
16. Persoalan yang bermain di fikiran abe MIE, kenapa ada segelintir pemimpin PAS menyokong Anwar Ibrahim yang dikatakan mempunyai masalah moraliti? Adakah mereka tidak takut pada hukuman Allah?
17. Kita jangan lupa Anwar Ibrahim telah dijatuhi hukuman penjara kerana melakukan rasuah dan dibebaskan daripada hukuman liwat ekoran campur tangan Pak Lah. Kita pernah memberitahu, Anwar Ibrahim dijatuhkan oleh Tun Dr. Mahathir sedangkan sehingga kini Anwar tidak membuktikan kebenarannya. Tun tetap dihormati walaupun pelbagai label diberikan kepadanya. Apa yang menarik, pemimpin PAS menjemput Tun supaya menjadi ahli PAS semasa beliau keluar dari UMNO pada tahun lepas.
abe MIE- cuba renung ayat di bawah
Diriwayatkan dari Al-Hasan: ‘ Ubaidillah bin Ziyad pernah menjenguk Ma’qil bin Yasar Al-Muzanni pada waktu sakit menjelang wafatnya.
Lalu Ma’qil berkata, “Aku akan menceritakan sebuah hadis yang aku dengar dari Rasulullah saw. Kalau aku tahu bahawa aku masih akan hidup, tentu aku tidak mau menceritakannya kepada mu. Aku mendengar Rasulullah saw. bersabda, “Seseorang yang diberi amanat oleh Allah untuk memimpin rakyat, lalu mati ketika sedang MENIPU rakyatnya, maka Allah mengharamkan baginya syurga.”
Related posts:
- ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR TAKUT BAYANG BAYANG SENDIRI Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi kata dua kepada pemimpin dan...
- ANWAR NIZAR KUTU BERAHAK:ANWAR RISAU DENGAN PERUBAHAN DIBAWA NAJIB Parti Keadilan Rakyat (PKR) kini goyah berikutan penerimaan sebahagian besar...
- Anwar Ibrahim Kufur (Bah 2) Kita jangan lupa, Anwar Ibrahim pernah menyokong penggunaan nama Allah...
- Anwar ‘Mengidam’ Jawatan TPM Secacat-cacat Karpal Singh dia mampu membela orang gila kuasa, Anwar...
- PRK SIBU Siri 2 : Pesanan Penting – Blog Jentayu Abaka Digodam Lepas Siar Artikel Hentam Anwar !!! Blog Sahabat kita Jentayu Abaka telah diserang oleh penggodam...
Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

