BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA…

Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai tilawah kerana suaranya aurat. Pada hari ini dibenarkan pula wanita menyertai tilawah al-quraan di Kelantan atas alasan untok mempertingkatkan mutu bacaan di samping melahirkan lebih ramai golongan pelapis wanita dalam dibidang tersebut. Kenyataan tersebut selang beberapa hari lepas Nik Aziz menyarankan cadangan supaya Umno-Pas duduk semeja membincangkan hal2 agama islam dan kenyataannya disokong oleh Haji Hadi.
Berkat doa2 orang2 islam di negara ini membuatkan Nik Aziz terbuka hati untok menarik kenyataannya. Andainya tilawah tersebut tidak dihalang 20tahun dulu dan andaikan kata kenyataan mengajak Umno duduk semeja tersebut dicetuskan 20tahun dahulu sudah tentu pembawakan islam pas bersama Nik Aziz tidak seperti hari ini dan sudah tentunya umat islam di dinegara ini lebih bersatu dan lebih kuat.

Apabila islam kuat, pas tidak payah lagi bergelombang dengan DAP yang terangan tidak mahu kepada islam di negara ini. Nik Aziz tidak akan menggeluarkan kata2 kesat terhadap sesama islam dalam Umno. Nik Aziz tidak semudah hari ini melabelkan mufti2 dan alim ulamak dalam kerajaan atau yang tidak menyokong parti pas sebagai Ulamak upahan Umno. Nik Aziz mungkin tidak sampai hati mendoakan kepada kepimpinan DS Najib sampai pecah perut. Nik Aziz bersama pemimpin pas yang lain mungkin bersyukur diatas insetif dan kerja kuat Umno dan kerajaan dapat membayar gaji dan elaun kepada wakil rakyat mereka yang sudah sekian lama.

Mungkin juga kalau Nik Aziz menjaga menggeluarkan kenyataan yang bukan2 yang boleh memecahbelahkan sesama islam, kumpulan mereka dapat menyekat tindakan Karpal dan DAP menuduh Anwar Ibrahim sebagai peliwat dan mendesak Tun Mahadhir supaya memecat Anwar sebagai TPM diwaktu itu. Tapi sayang sekali pas bersama DAP di waktu itu menjelajah seluruh negara membuka aib Anwar. Karpal mengepalai DAP dan Mohd Sabu mengepalai Pas sehingga nama Anwar al-juburi panggilan Mohd Sabu terhadap Anwar kekal sehingga hari ini.

Itu kesah dan peristiwa kesilapan pas dan Nik Aziz 20tahun dahulu. Nik Aziz sudah menarik balik beberapa kenyataannya pada hari ini. Tetapi yang menjadi tanda tanya iklaskah kenyataan Nik Aziz tersebut? kalau kita tengok caya dan lenggok bahasa yang lepas2 sukar juga untok kita mempercayainya, sering berubah2 dan suka menyalahkan pihak lain. Andainya itu berlaku amat malanglah masa depan orang islam di negara ini. Kalau hari ini seorang sahaja pemimpin dituduh peliwat apakata 20tahun lagi dalam kes seumpama ini? Kerana kita terlalu asyik bermain politik kita tidak sedar apa yang berlaku, kita yang bijak, kita yang kuat pengaroh, kita yang cerdik dan banyak ilmu buat apa kita pedulikan orang…kuasa dan duit segala2nya yang salah tetap jadi benar kerana kita orang hebat!

Kalau Nik Aziz sanggup menarik kenyataannya, kenapa pula DAP tidak boleh menarik kenyataan tidak mahu kepada islamnya? Nik Aziz dan Karpal merupakan sekutu dan sahabat baik dalam gabungan pakatan. Anwar boleh menyatukan Pas dan DAP tetapi kenapa pula Anwar tidak boleh memujuk DAP supaya menerima dasar2 islam di negara ini? sepatutnya inilah perjuangan sebenar Nik Aziz dan Anwar bersama pakatan, kalau tidak boleh bertindak sedemikian ternyata Nik Aziz dan Anwar adalah pengkianat kepada islam dan melayu di negara ini dan segala kenyataan yang di keluarkan oleh kedua2 pemimpin ini tidak boleh dipercayai lagi.
Kenyataannya lebih kepada kepetingan politik gila kepada kuasa mempergunakan agama dan bangsa sendiri.

Sumber Asal

Related posts:

  1. BERKAT DOA UMAT ISLAM NIK AZIZ SANGGUP DUDUK SEMEJA…? Tahun 1990, 20 puloh tahun berlalu wanita tidak dibenarkan sertai...
  2. IDEA DUDUK SEMEJA NIK AZIZ HANYA BONEKA IDEA KERAJAAN PERPADUAN HAJI HADI DIHALANG…IDEA DUDUK SEMEJA PULA DICETUSKAN...
  3. Nik Aziz mahu Pas-UMNO duduk semeja bincang isu agama Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...
  4. KRISIS DALAMAN PAS KELANTAN MEMALUKAN UMAT ISLAM PAS KELANTAN TERIMA PEMBALASAN? Kalau kita kata politik itu sama,...
  5. Umat Islam perlu kukuhkan hubungan silaturahim – Sultan Perak Message from fivefilters.org: If you can, please donate to the...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Post a Response

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline