DUN SIPUTEH…uji populariti PAS dan UMNO

Pada 2004, Penyandang: Abu Hasan Sarif (BN) mendapat majoriti sebanyak 1,573 undi mengalahkan calon PAS.

abe MIE rasa Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah tidak perlu diadakan pilihan raya kecil (prk) memandangkan Kedah kini sedang ‘beraya’ dengan masalah banjir. Kita nampak tindakan Speaker DUN Kedah beria-ria mahu pilihan raya berkenaan diadakan tanpa melihat situasi yang berlaku. Sekiranya ia berlaku pada DUN Pakatan, adakah Speaker akan mengesyorkan pilihan raya yang sama akan diadakan?

Namun begitu, prk DUN Kota Siputeh belum muktamad lagi memandangkan proses di mahkamah masih berjalan. Sekiranya keputusan memihak kepada UMNO, PAS akan kata, biasalah DS Najib akan menggunakan kuasanya untuk mempengaruhi keputusan hakim semasa proses rayuan.

Namun, sekiranya PAS menang dan kerusi berkenaan dikosongkan, Pakatan akan memberitahu, itulah keadilan mahkamah dan kami hanya mengikut undang-undang negeri Kedah walaupun Nizar Jamaluddin tidak pernah menghormati keputusan mahkamah atau sultan.

DUN Siputeh secara tersirat membawa kepada beberapa hala tuju situasi politik semasa.

1.
Sekiranya PAS menang, walaupun dengan satu undi, parti berkenaan akan memberitahu rakyat terutamanya orang Melayu supaya terus memberi sokongan kepada mereka. Harus diingati, 91 peratus pengundi adalah orang Melayu. Cina dan India boleh tidur di rumah sahaja. Sekiranya PAS memperolehi undi majoriti lebih 500 undi, Pakatan berjaya mencipta mimpi untuk menawan Malaysia.

2. PAS akan berlakon kononnya kemelut di dalam parti sudah selesai. PAS akan bergembira selepas mengalami kekalahan yang teruk di Bagan Pinang.

3. Sekiranya perkara sebaliknya berlaku, UMNO menang dengan pertambahan majoriti daripada 495 undi kepada 4950, iaitu 1000% pertambahan, maka PAS akan mengalami satu tsunami kecil dan Nik Aziz akan membebel buat kali kedua dengan menyuruh ‘Klon Pak Lah’ berundur, orang gila (Datuk Pa), Nasaruddin dan Hassan Ali meletak jawatan.

4. Boleh jadi perkara sebaliknya berlaku, iaitu Nik Aziz perlu berundur sebagai Menteri Besar Kelantan memandangkan popularti buruk sahaja digembar gembur. Sekiranya PAS buat bodoh dengan kekalahan, mesej ketiga disampaikan. Selalunya manusia diberi amaran tiga kali dan kali keempat akan ditendang.

5. PAS perlu menang kerana kawasan berkenaan merupakan tanah kelahiran pemimpin seperti Nasaruddin, Mat Sabu dan Makhfuz.

6. UMNO juga perlu menang kerana kawasan berkenaan merupakan kubu kuat mereka dan akan mementukan populariti bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Kegagalan menawan kerusi berkenaan akan ditemplak oleh Anwar Ibrahim dan dijadikan bahan jenaka oleh Mat Sabu mengenai Tun.

7. UMNO kena menang kerana mesej yang hendak di sampaikan, adakah UMNO dan BN boleh merampas semua kerusi yang tewas di Kedah di tangan PAS dan DAP? Kalau UMNO tewas, bukan sahaja kerja kuat dikatakan omong-omong kosong sebaliknya PAS sudah menang dalam perang psikologi politik. Semua negeri sudah mempunyai prk dan UMNO berjaya mengurangkan majoriti dimenangi oleh Pakatan.

8. Sekiranya PAS kalah, PAS akan mencari alasan, parti kami kalah kerana UMNO ‘main belakang’ dan menyerang ulama kami macam babi buta! UMNO menjadikan kepimpinan Pakatan di bawah Anwar Ibrahim sasaran moraliti, Nik Aziz dan Azmin Ali pula disiasat oleh SPRM serta media dan ‘blogger upahan’ memperbesarkan isu berkenaan! PAS turut memberitahu, keluarga Tok Guru dianiayai ddijadikan modal kempen. PAS tidak pernah mengaku kalah walaupun di Manik Urai PAS menang dalam kekalahan.

9. PAS juga akan memberitahu, pengundi di Kota Siputeh sebenarnya buta, ‘benggong atau ‘biol’ kerana tidak menyokong Pakatan. DS Najib pula dituduh mempergunakan wang untuk membeli undi dan menggunakan jentera kerajaan untuk membantu kempen.

10. Bagi UMNO, menyerang peribadi dan mengaibkan masalah parti lawan bukannya perkara baru kerana Pakatan pun sudah lama berbuat sedemikian. Pakatan menubuh kerajaan di beberapa buah negeri kerana janji air liur, janji air kencing dan propaganda memburukkan parti UMNO dan BN. Untuk meletupkan kepala rakyat Malaysia, Pakatan menjadikan mayat Altantuya sebagai sepanduk untuk membenci kerajaan pimpinan DS Najib.

11. Di Kedah, isu yang boleh didendangkan oleh UMNO dan PAS ialah bantuan kepada mangsa banjir (isu utama), isu perparitan (isu tempatan), isu rasuah dan moraliti pemimpin, penerangan mengenai kedudukan parti masing-masing-misalnya, PAS akan kata, masalah mereka sudah selesai selepas diadakan EGM dan sebagainya.

12. Isu seperti perpecahan di dalam MCA akan menjadi sejuk seketika kerana undi orang Cina dan India sekitar 8 peratus sahaja. Isu PPSMI tidak laku sebagaimana di Bagan Pinang. Samad Said boleh bersajak tentang banjir oh banjir. Nik Aziz pula boleh menangis di Siputeh buat kali kedua kerana dihalang menunaikan ibadah haji dan Hussam Musa akan menangis kerana Haji Hadi belum berundur dari jawatan Presiden PAS.

13. Isu calon amat mempengaruhi kerana kesilapan meletak calon akan menjadikan parti berkenaan ‘lemah jantung’ dan sakit sendi. Bermati-matian PAS atau UMNO mempertahankan calon pun tidak ada guna sekiranya calon berkenaan seorang bermasalah atau bukan berjiwa rakyat kampung. Kadang-kadang popularti pun penting untuk menentukan kemenangan prk ini.

14. Oleh kerana Kedah berhampiran dengan Perak, Nizar Jamaluddin akan membuat amukan kelima di sana. Tidak pasti ada atau tidak ‘mubaligh’ dari Hindraf datang menyampaikan ceramah ‘israq mikraq’ dan memburukkan orang Islam. Golongan ini akan memanaskan keadaan dan menghangatkan suasana wayang prk nanti.

15. Kejadian yang tidak diingini seperti bakar bendera, pijak poster, mengejek dan memalukan perayu undi tetap akan berlaku kerana suasana pilihan raya tidak meriah tanpa aksi ‘sarkas’ oleh golongan ini. Mungkin akan berlaku, gambar Azmin Ali dan Nik Aziz akan digantung dengan duit, gambar menantu Nik Aziz ditampal di merata tempat atau seluar dalam di letak pada muka Anwar Ibrahim! Kalau dahulu gambar DS Najib dengan Altantuya menghiasi jalan, tidak mustahil situasi terbalik kong terjadi.

16. Untuk mendapat popularti, Pakatan akan melantik Nik Aziz sebagai Pengerusi Sementara selepas pengumuman calon oleh PAS di DUN Kota Siputeh untuk menarik perhatian orang Melayu. Lim Kit Siang pula akan memberitahu, saya sokong bukan 100% sahaja tapi sokong macam sembah tokong.

abe MIE- DUN Siputeh akan membawa mesej yang besar kepada BN dan Pakatan sebelum bertempur di dalam pilihan raya ke 13 nanti. Kejayaan menawan DUN Siputeh akan dijadikan psikologi kepada parti berkenaan dan menggelamkan kehangatan banjir yang melanda Kedah kini.

Go to Source

Related posts:

  1. ANWAR NIZAR BARU=A:UMNO AKAN KEMUKA RAYUAN DUN KOTA SIPUTEH Umno akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi semalam yang...
  2. ANWARV NIZAR KUTU BERAHAK:PRK DI DUN KOTA SIPUTEH KEDAH Kerusi DUN Kota Siputeh diisytiharkan kosong dan satu pilihan raya...
  3. DUN Kota Siputeh diisytihar kosong oleh Mahkamah Pilihan raya baru akan diadakan bagi kerusi Dewan Undangan Negeri...
  4. Dr. Asri Masuk UMNO Dapat RM2 juta? Kalau PKR masuk UMNO Anwar Ibrahim akan kata mereka semua...
  5. DUN Kota Siputeh akan beraya lagi!! KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline