Edisi Hangat : Anwar ,Nika Aziz dan Khalid Samad dibidas bertubi tubi oleh Pemimpin PAS dan PKR !!!

Jika ada sound effect tentu saya akan masukkan dalam artikel ini bagi menunjukkan tumbukan bertubi tubi oleh geng pembangkang kepada tiga manusia utama yang menyokong nama Allah ini diberikan kepada Kristian.
Tiga manusia ‘penyokong liberalisme Islam ‘ ini adalah pemimpin utama pembangkang atau dikenali sebagai Pakatan Rakyat. Merekalah Anwar, Aziz dan Khalid Samad. Dr Asri dalam hal ini tidak bersifat ahli politik dan hanya sebagai ‘penambah perisa’ kepada perjuangan mereka.
Atas nama rakyat mereka di atas telah menyokong isu nama Allah hingga terlupa rakyat majoriti Malaysia adalah Muslim Melayu yang tidak akan setuju sama sekali nama Tuhan mereka dan kita diberi kepada agama Kristian.
Atas nama rakyat juga mereka mengatakan nama Allah patut diberi kepada Kristian. Walaupun ia mengguris hati kita sebagai umat Islam.
Walau apa jua alasan sekalipun namun rakyat yang waras tentu tidak mahu isu yang boleh mengancam keamanan negara kita ini meletupkan sengketa agama yang boleh meragut nyawa, harta benda dan keselamatan kita semua.
Ketika itu Cina, India termasuk Melayu akan menderita kerana keamanan yang mereka kecapi selama ini akan hancur dan sukar dipulihkan kembali. Renungkanlah gambar kesan pergaduhan antara agama di negara lain seperti di Palestin, India dan Iraq.
Apa perlu kita buat untuk mengelakkan perkara buruk menimpa rakyat Malaysia ?
1. Setiap orang Islam dan Kristian perlu menolak usaha sesiapa sahaja yang cuba menggunakan nama Allah yang diguna oleh agama Islam selama ini meskipun ia telah diputuskan oleh Mahkamah.
2. Pihak Herald Tribune yang berjaya mendapatkan kebenaran dari Mahkamah perlu memikirkan kesan kepada kestabilan kaum jika mereka meneruskan penerbitan majalah dengan mengguna nama Allah. Gantikan nama Allah kepada nama Tuhan bagi menjaga sensitiviti penganut Islam yang menjadi majoriti rakyat negara ini.
3. Usaha semua pihak tanpa mengira fahaman politik perlu diperkasakan untuk menghalang penggunaan nama Allah dilaksanakan oleh pihak Herald Tribune dalam penerbitan mereka. Dan artikel oleh YB Zulkifli Nordin di blog beliau yang membidas Khalid Samad serta kenyataan Timbalan Presiden PAS yang disiarkan TV3 semalam adalah contoh terbaik dalam menangani isu ini.
Sila baca artikel tersebut di sana :

Sumber Berita

Related posts:

  1. Edisi Isnin : Pendapat Terbaru Nik Aziz Isu Nama Allah ( YB Khalid Samad : Sila Baca ! ) Pertama sekali terima kasih daun keladi kepada Mursyidul Am PAS...
  2. Edisi Politik : Anwar akan mesyuarat mengejut esok untuk pertahan Khalid Samad di Bukit Segambut ? Sumber dalaman memberitahu esok akan diadakan satu mesyuarat untuk ‘membela’...
  3. Edisi Khas :Isu Tauliah dan Khalid Samad gagal kerana kes Jenayah – Malaysiakini Siapa Khalid Samad ? .. Jika belum kenal elok dibaca...
  4. Khalid Samad ‘Jantanment’, kata Zaid Ibrahim Pandangan Khalid Samad, Zaid Ibrahim dan Zulkifli Noordin mengenai kalimah...
  5. Khalid Samad bodoh, sombong dan jahil – Zulkifli Noordin Khalid Samad memang bodoh- kata Zul. Yang Berhormat (YB) Zulkifli...

Related posts brought to you by Yet Another Related Posts Plugin.

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Comments are closed.

SEO Powered by Platinum SEO from Techblissonline